12 jam hujan tak henti-henti
Iklan
Air deras melintasi jalan menyebabkan penduduk tidak boleh melaluinya.
KUALA KRAI – Hujan lebat yang berterusan selama 12 jam menyebabkan penduduk di sekitar Kuala Pertang terkepung susulan laluan utama tidak boleh dilalui kerana dinaiki air.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Keselamatan Kampung Persekutuan (JPKKP) Kuala Pertang, Adnan Mat Yassin berkata, paras air naik mendadak hingga mencecah 1.5 meter di beberapa kawasan termasuk Kampung Sungai Satan, Tanjung Kala dan Kampung Mial selepas hujan lebat sejak sejak jam 11 malam Isnin dan berterusan sehingga 11 pagi Selasa.
Iklan
Iklan
Penduduk melihat keadaan air naik selepas hujan lebat.
"Jalan utama dari Jalan Keroh ke Kuala Pertang juga tidak dapat dilalui oleh semua jenis kenderaan,” katanya kepada Sinar Harian.
Menurut Adnan, jambatan di Tanjung Kala yang menghubungkan Kampung Sungai Satan ke Kampung Mial turut ditenggelami air, sekali gus menyukarkan penduduk untuk keluar mendapatkan keperluan asas.
Iklan
Sebahagian jalan dinaiki air selepas hujan lebat 12 jam.
"Keadaan ini menyebabkan kira-kira 2,000 penduduk dari enam kampung di Kuala Pertang terjejas.
"Mereka kini bergantung kepada perahu untuk bergerak,” katanya.
Iklan
Beliau berkata, buat masa ini, penduduk dinasihatkan agar tidak mengambil risiko melalui jalan terbabit.
"Kami berharap cuaca terus baik supaya air cepat surut," ujarnya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Nelayan Pantai Sabak tarik perahu kolek ke darat tanda musim tengkujuh bermula"><meta itemprop="description" content="Nelayan Pantai Sabak tarik perahu kolek ke darat tanda musim tengkujuh bermula
Riuh suara nelayan Pantai Sabak yang bergotong-royong menarik perahu kolek ke darat menjadi petanda musim tengkujuh telah tiba, sekali gus menandakan bermulanya tempoh ‘rehat’ mereka daripada mencari rezeki di laut.
Tradisi yang dilakukan setiap tahun itu bertujuan membolehkan kerja membaiki kerosakan, mengecat dan menyelenggara perahu dilaksanakan sebelum mereka kembali turun ke laut.
Artikel:https://www.sinarharian.com.my/article/803598/edisi/kelantan/nelayan-pantai-sabak-tarik-perahu-kolek-ke-darat-tanda-musim-tengkujuh-bermula
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #perahukolek #tengkujuh"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-07T05:00:01.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P190S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbuhepy"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbuhepy"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbuhepy"></script>