AUGSBURG (Jerman - Ahli Parlimen pekak pertama di parlimen Jerman, Heike Heubach daripada Parti Demokratik Sosial (SPD) akan terus berkhidmat di dewan rendah selama empat tahun lagi, menurut keputusan awal pada Isnin, lapor agensi berita Jerman, dpa.
Heubach, yang bertanding di negeri selatan Bavaria - kubu kuat parti konservatif yang muncul sebagai pemenang utama pilihan raya pada Ahad - berjaya mendapatkan tempat sebagai calon terakhir dalam senarai SPD negeri itu, selepas parti berkenaan hanya memperoleh 14 kerusi di Bavaria secara keseluruhan.