Bayar penguat kuasa lindung perniagaan e-waste - SPRM

Iklan
Antara guni disyaki berisi bahan e-waste yang ditemui di kilang sekitar Segamat, Johor pada Isnin. Gambar kecil: Ahmad Khusairi

SEGAMAT - Pemilik syarikat serta pegawai dagang antara 16 individu ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk siasatan kes rasuah penguat kuasa membabitkan kegiatan memproses serta melupuskan sampah elektronik (e-waste).

Penahanan pada Isnin di sekitar Johor dan Selangor itu hasil tindakan bersepadu SPRM bersama Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dan Jabatan Alam Sekitar (JAS) menerusi Op X ke atas 12 premis.

Iklan
Iklan

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Ahmad Khusairi Yahaya berkata, premis-premis tersebut disyaki memproses dan melupus bahan-bahan mentah yang tidak dibenarkan seperti gentian kaca, plastik, besi dan logam.

Antara bahan disyaki e-waste yang ditemui di premis kilang sekitar Segamat, Johor pada Isnin.

"Seramai 16 suspek suspek berusia lingkungan 30 hingga 40-an ditahan sekitar Selangor dan Segamat antara jam 9.30 pagi hingga 12 tengah hari tadi (Isnin).

Iklan

"Ada antara suspek disyaki adalah pemilik-pemilik syarikat menggunakan pegawai dagang yang melanggar syarat permohonan sebagai pegawai dagang serta membayar wang rasuah kepada penguat kuasa untuk melindungi perniagaan mereka," katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Beliau berkata, kesemua tangkapan telah dibawa ke SPRM Melaka untuk dirakam keterangan.

Iklan

Tambahnya, serbuan ini adalah berpandukan maklumat hasil risikan kira-kira tiga bulan.

Kata beliau, penangkapan ini mencerminkan komitmen teguh SPRM, JIM dan JAS dalam memastikan usaha memerangi rasuah, khususnya yang melibatkan sektor penguatkuasaan demi memastikan kelestarian alam sekitar terpelihara.

Katanya lagi, kes disiasat di bawah Seksyen 16 (b)(A) Akta SPRM 2009.