Perak cadang garis panduan kejohanan sukan, elak kes ditipu penganjur berulang
Iklan
Laporan Sinar Harian berhubung kes 30 pasukan bola sepak, peniaga rugi penganjur karnival lesap. Gambar kanan: Khairudin
IPOH - Kerajaan Perak sedia mempertimbangkan penyediaan garis panduan berhubung penganjuran kejohanan sukan khususnya bola sepak di negeri ini.
Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan, Khairudin Abu Hanipah berkata, langkah itu bertujuan memberi kefahaman dan syarat yang jelas kepada penganjur dan peserta yang menyertai pertandingan.
Iklan
Iklan
Menurutnya, penganjuran kejohanan sukan sama ada dikelolakan kerajaan mahupun swasta sepatutnya perlulah mendapat kelulusan daripada Majlis Sukan Negeri (MSN).
"Dalam proses pembangunan sukan ini, kita ada MSN.
Iklan
"Maka garis-garis panduan ini mungkin boleh difikirkan supaya setiap pengelolaan pertandingan mendapat kebenaran dan kelulusan MSN.
"Dengan itu, MSN selaku badan induk sukan dapat memantau, memastikan perbuatan yang tidak berperikemanusiaan atau tidak sepatutnya, tidak berlaku," katanya ketika ditemui pemberita pada Isnin.
Iklan
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas isu lebih 30 pasukan termasuk satu pasukan dari Medan, Indonesia diperdaya dengan penganjuran pertandingan bola sepak yang tidak wujud di Taman DR Seenivasagam di sini, Sabtu lalu.
Laporan kes itu diterima polis melibatkan pertandingan Karnival Bolasepak 11 Sebelah U14 & U16 ASM Cup & Big Pos Cup 2025 yang memerlukan setiap pasukan membayar RM400 sebagai yuran penyertaan.
Khairudin berkata, meskipun kejohanan tersebut dianjurkan pihak swasta, namun sedikit sebanyak mencalarkan imej negeri yang selama ini telah memberi perhatian tinggi terhadap pembangunan sukan.
Katanya, bagi mengelak kejadian sama berulang, mana-mana peserta perlu mendapatkan pengesahan dan pandangan pihak lain sebelum mengambil keputusan menyertai pertandingan.
"Kerajaan negeri simpati dengan apa yang berlaku dan akan lihat perkara itu secara serius.
"Sekarang ini budaya 'scammer' (penipuan) agak berleluasa dan memang akan ada pihak yang mengambil peluang mengaut keuntungan tanpa memikirkan betapa susah dan besarnya pengorbanan untuk menyediakan pasukan," katanya.
Terdahulu, Khairudin menghadiri Majlis Apresiasi Pengamal Media Perak 2025 anjuran Politeknik Ungku Omar (PUO) di PUO Kampus Bercham.
Program yang turut dihadiri Pengarah Politeknik Ungku Omar, Dr Shamsuri Abdullah itu antara lain menghargai penglibatan dan sumbangan media dalam mempromosikan PUO sebagai institusi Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) yang berprestij di negara ini.
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Perak mengenakan kompaun terhadap seorang peniaga durian kerana menggunakan alat timbang yang tidak ditentusahkan semula bagi tujuan perdagangan, lapor wartawan Sinar Harian, Saifullah Ahmad.
Pengarahnya, Datuk Kamalludin Ismail berkata, tindakan itu diambil dalam satu operasi penguatkuasaan yang dijalankan di Kuala Kangsar baru-baru ini.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/739052/Peniaga-durian-dikompaun-guna-timbang-tidak-sah
Muzik: Elevate - Benjamin Tissot dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.