DAPSY gerak seluruh jentera hadapi PRK DUN Ayer Kuning
Iklan
Chi Yang
IPOH - Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) akan menggerakkan seluruh jenteranya untuk memastikan kemenangan calon Kerajaan Perpaduan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning yang bakal diadakan berikutan kematian penyandangnya.
Setiausaha Publisiti DAPSY Kebangsaan, Ho Chi Yang berkata, perkara itu telah diarahkan oleh Ketua DAPSY Kebangsaan, Woo Kah Leong agar jentera pilihan raya parti itu bersiap sedia.
Iklan
Iklan
Menurutnya, PRK bukan sekadar tentang satu kerusi DUN sahaja tetapi merupakan medan pertempuran penting untuk menolak politik ekstrem.
"Usaha untuk memenangi kerusi Ayer Kuning bukan sahaja penting untuk negeri Perak, tetapi juga sebagai isyarat jelas bahawa rakyat Malaysia menolak politik toksik dan ekstrem demi mempertahankan perpaduan masyarakat majmuk dan kepelbagaian budaya di Perak dan seluruh Malaysia.
Iklan
"Malaysia dibina atas semangat perpaduan antara kaum yang telah terjalin sejak sekian lama," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.
Chi Yang yang juga ADUN Tanah Rata menyeru semua parti komponen Kerajaan Perpaduan untuk turut melakukan usaha sama demi mempertahankan kepelbagaian budaya serta menjamin kestabilan politik dan kemakmuran negeri.
Iklan
Pada Ahad, media melaporkan Speaker DUN Perak, Datuk Mohammad Zahir Abdul Khalid akan memaklumkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengenai kekosongan luar jangka kerusi DUN Ayer Kuning berikutan kematian penyandangnya, Ishsam Shahruddin pada Selasa ini.
Makluman rasmi itu bagi tindakan lanjut SPR termasuk mengadakan PRK bagi kawasan berkenaan.
Berdasarkan Perkara 36(5) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak, Speaker DUN akan memaklumkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk mengadakan pilihan raya kecil.
PRK mesti diadakan dalam tempoh 60 hari dari tarikh SPR menerima notis rasmi mengenai kekosongan kerusi tersebut.
Untuk rekod, pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), BN memenangi kerusi DUN Ayer Kuning dengan majoriti 2,213 menewaskan empat calon lain masing-masing dari PH, Perikatan Nasional, Parti Sosialis Malaysia (PSM) dan Gerakan Tanah Air.
Ishsam dari UMNO memperoleh 9,088 undi diikuti Mohd Nazri Hashim dari Amanah yang mendapat 6,812 undi, Muhammad Noor Farid Zainal dari Pas (6,812 undi), K Bawani dari PSM (586 undi) dan Maziah Salim dari Parti Pejuang Tanah Air (105 undi).
Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) tidak akan mengeluarkan sebarang arahan kepada ahli parti itu supaya mengundi mana-mana parti lain di kerusi yang tidak ditandingi Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.
Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pendirian Bersatu sejak dahulu kekal sama iaitu hanya menyokong calon PN di kawasan yang ditandingi gabungan itu.
Anda boleh baca berita penuh di portal Sinar Harian di www.sinarharian.com.my atau swipe up di IG story serta jangan lupa follow IG @sinarharian untuk berita terkini dalam dan luar negara.
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.