Baung ekor merah, peacock bass dikesan di Sungai Terengganu

Iklan
Ruzaidi (kanan) melihat ikan arapaima di dalam akuarium di Zoo Rimba Razia

HULU TERENGGANU - Jabatan Perikanan Terengganu mengesan terdapat dua spesies ikan pemangsa, baung ekor merah dan peacock bass di Sungai Terengganu di Hulu Terengganu serta Tasik Telabak, Besut.

Pengarah Jabatan Perikanan Terengganu, Ruzaidi Mamat berkata, ancaman kehadiran ikan pemangsa itu masih terkawal namun tetap memandang serius tindakan melepaskan ikan pemangsa yang merosakkan ekosistem sungai sedia ada.

Iklan
Iklan

Menurutnya, maklumat dan laporan itu diperoleh daripada pemancing yang mendakwa menemui spesies asing di sungai tersebut.

"Kita menerima beberapa aduan berhubung kehadiran ikan pemangsa termasuk kehadiran ikan baung ekor merah dan peacock bass di Tasik Telabak serta ikan baung ekor merah di Sungai Terengganu di Hulu Terengganu.

Iklan

"Orang ramai dinasihatkan supaya tidak melepaskan ikan itu dari akuarium sesuka hati ke dalam sungai kerana spesies berkenaan akan mengancam populasi ikan tempatan yang selama ini mendiami perairan berkenaan.

"Orang ramai turut diminta untuk melaporkan kepada pihak Perikanan Daerah sekiranya menjumpai ikan tersebut menerusi tangkapan dibuat," katanya kepada pemberita selepas program penandaan ikan larangan import ke Malaysia di Zoo Rimba Razia di sini pada Isnin.

Orang ramai yang berminat untuk memelihara ikan larangan import seperti arapaima atau pacu perlu memohon lesen khas yang dikeluarkan oleh Ketua Pengarah Perikanan Malaysia.

Iklan

Mengulas lanjut, Ruzaidi berkata, semua pihak yang berhasrat melepaskan ikan itu ke sungai diminta supaya merujuk dahulu serta mendapatkan khidmat nasihat dari Pejabat Perikanan Daerah berhampiran.

Sementara itu, Ruzaidi berkata, orang ramai yang berminat untuk memelihara ikan larangan import seperti arapaima atau pacu perlu memohon lesen khas yang dikeluarkan oleh Ketua Pengarah Perikanan Malaysia.

"Di Terengganu setakat ini hanya ada tiga individu yang diberi lesen atau sijil untuk menyimpan spesies ikan larangan import.

"Jadi jta minta kepada sesiapa yang ada menyimpan atau memelihara spesies ikan larangan di premis masing-masing supaya memohon lesen dengan segera bagi mengelak dikenakan denda dan menjaga keselamatan ekosistem marin Terengganu," jelasnya

Dalam pada itu, Ruzaidi berkata, program pada hari ini melibatkan penandaan 'Passive Integrated Transponder (PIT) sebagai satu sistem penandaan ikan-ikan larangan import ke dalam badan ikan arapaima.