Amaran hujan berterusan: Penduduk enam daerah di Terengganu diminta berwaspada
Iklan
Penduduk di kawasan lembangan sungai di enam daerah di Terengganu dinasihatkan untuk siap siaga susulan amaran hujan berterusan tahap waspada dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) selama empat hari bermula esok. - Gambar fail
KUALA TERENGGANU - Penduduk di kawasan lembangan sungai di enam daerah di Terengganu dinasihatkan untuk siap siaga susulan amaran hujan berterusan tahap waspada dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) selama empat hari bermula esok.
Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Terengganu Osman Abdullah berkata daerah terlibat ialah Setiu, Kuala Terengganu, Kuala Nerus, Besut, Hulu Terengganu dan Marang manakala antara kawasan berisiko melibatkan lembangan Sungai Besut, Sungai Keluang dan Sungai Semarak di Besut.
Iklan
Iklan
Kawasan lain ialah di Kuala Nerus melibatkan Sungai Mengabang Telipot, Sungai Mengabang Besar dan Sungai Mengabang Telung, Setiu (Sungai Merang dan Sungai Nerus), Kuala Terengganu (Sungai Ibai), Hulu Terengganu (Sungai Marang) serta Marang (Sungai Ibai dan Sungai Merchang).
"Ramalan banjir dikeluarkan tujuh hari lebih awal berdasarkan ramalan cuaca dan potensi kejadian banjir, manakala amaran banjir dikeluarkan apabila model ramalan menunjukkan kemungkinan banjir yang lebih hampir, lazimnya hingga dua hari sebelum kejadian,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Iklan
Sehubungan dengan itu, Osman menasihatkan orang ramai, khususnya di kawasan berisiko banjir, kawasan rendah dan berhampiran sungai supaya sentiasa berwaspada dan mengikuti perkembangan semasa daripada pelbagai platform pihak berkuasa.
Beliau berkata JPS Terengganu menggunakan sistem pemantauan hidrologi dan ramalan banjir  untuk membantu pihak berkuasa dan penduduk di kawasan berisiko membuat persediaan bagi menghadapi Monsun Timur Laut (MTL).
Iklan
"Keupayaan itu disokong penggunaan stesen telemetri hidrologi, kamera litar tertutup (CCTV) dan siren amaran banjir. Data hujan dan paras air sungai dihantar secara masa nyata untuk pemantauan serta analisis potensi banjir.
"CCTV membolehkan pemantauan visual sungai dan kawasan berisiko manakala siren untuk memberi amaran kepada penduduk supaya tindakan keselamatan segera dapat dilakukan. Namun tempoh sebenar bergantung kepada lokasi lembangan sungai, intensiti dan tempoh hujan, perubahan paras air dan keadaan setempat,” katanya.
Selain itu, Osman berkata Projek Pembinaan Rumah Pam dan Pintu Air Pasang Surut Sungai Takir dekat Kuala Nerus yang diluluskan Kerajaan Persekutuan menerusi Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) akan dilaksanakan tahun depan dan dijangka memberikan manfaat kepada kira-kira 3,000 penduduk di situ.
Beliau berkata projek itu merangkumi pembinaan struktur rumah pam dan pintu air, pemasangan sistem pam berkapasiti tinggi, sistem kawalan automasi serta penyediaan kemudahan bekalan elektrik dan infrastruktur sokongan berkaitan.
"Kawasan tadahan Sungai Takir meliputi hampir 200 hektar dan melibatkan kira-kira 3,000 penduduk di lokasi berisiko, iaitu Taman Lembah Harapan, Taman Tengku Ismail, Taman Permint Perdana, Kampung Hulu Takir dan Kampung Seberang Takir.
"Projek ini bertujuan meningkatkan keupayaan sistem saliran dan pengurusan saliran air di kawasan tadahan Sungai Takir menerusi pembinaan rumah pam dan pintu air pasang surut,” katanya. - Bernama
Lima nelayan berdepan detik cemas apabila bot yang dinaiki mereka dirempuh sebuah bot lain ketika sedang berlabuh kira-kira 33 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu, awal pagi Isnin.
​Tekong bot, Mamat Abdullah, 79, dari Kampung Batin, Kuala Nerus berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 5.30 pagi ketika dia bersama empat awak-awak sedang berehat sementara menunggu untuk pulang ke daratan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/803090/edisi/terengganu/bunyi-dentuman-kuat-rupanya-bot-dirempuh-nelayan-asing
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.