ROM - Sebuah penerbangan American Airlines yang dalam perjalanan dari New York ke Delhi terpaksa dilencongkan ke Rom susulan ancaman bom pada petang Ahad, lapor Agensi Berita Itali ANSA pada Ahad.
Penerbangan 292 berpatah balik menuju ke Lapangan Terbang Fiumicino, Rom ketika berada di ruang udara Laut Caspian, dengan diiringi dua pesawat Eurofighter Tentera Udara Itali bagi memastikan pendaratan selamat, menurut laporan itu.