Kadar zakat fitrah di Terengganu RM10, RM21
Iklan
Shaikh Harun (dua dari kiri) ketika majlis pengumuman kadar zakat fitrah
KUALA TERENGGANU - [DIKEMAS KINI] Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) menetapkan dua kadar zakat fitrah di negeri itu pada tahun ini iaitu tidak kurang RM10 dan RM21.
Yang Dipertuanya, Datuk Shaikh Harun Shaikh Ismail berkata, penetapan kadar itu berdasarkan harga beras mengikut gred dan jenis yang dimakan kebanyakan umat Islam di negeri tersebut.
Iklan
Iklan
"Harga jualan beras fitrah bagi gred pertengahan iaitu jenis beras super import atau beras siam dijual dengan kadar RM10 segantang berdasarkan harga purata beras.
"Selain itu, harga jualan beras fitrah dijual bagi gred tertinggi iaitu jenis beras basmathi dijual dengan kadar RM21 segantang berdasarkan harga purata beras.
Iklan
"Berdasarkan realiti ini, kadar zakat fitrah bagi tahun ini ditetapkan dengan dua kadar sahaja iaitu tidak kurang RM10 bagi setiap orang dan RM21 bagi mana-mana orang yang memakan beras jenis basmathi atau yang setara dengannya," katanya.
Shaikh Harun (dua dari kiri) menyampaikan sumbangan pada salah seorang asnaf
Iklan
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas menyempurnakan agihan bantuan zakat asnaf fakir miskin sempena Ramadan di Dewan Terbuka Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu di sini pada Ahad.
Mengulas lanjut, Shaikh Harun berkata, seramai 998 amil zakat akan ditugaskan mengikut kawasan masing-masing bagi membantu melancarkan urusan pungutan zakat di Terengganu.
Dalam pada itu, beliau berkata, kutipan zakat pada tahun lalu direkodkan sebanyak RM275.96 juta dengan peningkatan sebanyak 8.1 peratus berbanding 2023.
Menurutnya, ia meliputi zakat fitrah, zakat harta, zakat tanaman, zakat wang simpanan, zakat ternakan, zakat perniagaan, zakat emas/perak, zakat pendapatan dan zakat galian.
"Jumlah agihan zakat pada 2024 sebanyak RM318.69 juta dengan peratusan peningkatan agihan zakat sebanyak 23.65 peratus berbanding 2023,"katanya.
Beliau berkata, seramai 28,829 orang penerima agihan bantuan zakat sempena Ramadan di seluruh negeri dengan peruntukan sebanyak RM15.49 juta.
"Terdapat tiga kategori agihan iaitu RM300 bagi mereka yang tinggal seorang diri, RM500 untuk isi rumah seramai dua atau tiga orang dan RM700 bagi isi rumah empat orang ke atas," jelas beliau.
Lima nelayan berdepan detik cemas apabila bot yang dinaiki mereka dirempuh sebuah bot lain ketika sedang berlabuh kira-kira 33 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu, awal pagi Isnin.
​Tekong bot, Mamat Abdullah, 79, dari Kampung Batin, Kuala Nerus berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 5.30 pagi ketika dia bersama empat awak-awak sedang berehat sementara menunggu untuk pulang ke daratan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/803090/edisi/terengganu/bunyi-dentuman-kuat-rupanya-bot-dirempuh-nelayan-asing
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.