[VIDEO] Pengawal keselamatan mengaku salah merusuh di balai polis

Iklan

KULAI – Seorang pengawal keselamatan mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini pada Jumaat atas pertuduhan berkelakuan rusuh di kawasan balai polis, termasuk mengganggu dan meninggikan suara terhadap seorang anggota polis pada Isnin lalu.

Tertuduh, KR Pathma Seelan, 21, membuat pengakuan tersebut di hadapan Majistret R Salini selepas pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah.

Iklan
Iklan

Mengikut kertas pertuduhan, dia didakwa melakukan kesalahan itu pada jam 7.10 malam di pekarangan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulai, dengan mengganggu seorang anggota polis serta meninggikan suara secara tidak senonoh.

Suspek tiba ke Mahkamah, pada Jumaat.

Kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 90 Akta Polis 1967, yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM500 atau penjara sehingga enam bulan, atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Iklan

Dalam rayuannya, tertuduh yang masih bujang memohon hukuman ringan, menyatakan dia telah insaf dan menanggung ibunya dengan pendapatan RM1,200 sebulan.

Mahkamah kemudian menjatuhkan hukuman denda RM500 atau penjara sebulan jika gagal membayar denda.

Iklan

Tertuduh kemudian membayar denda tersebut.