KUALA LUMPUR – Mana-mana pihak yang ingin melawat bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di kediamannya di Langgak Duta, di sini, perlu memenuhi prosedur lawatan yang ditetapkan Jabatan Penjara Malaysia.
Peguamnya, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah berkata, individu yang ingin bertemu dengan bekas Ahli Parlimen Pekan berusia 73 tahun itu perlu mendapatkan kebenaran pihak berkuasa terlebih dahulu.