Cegah awal penyakit kusta, amalkan jarak selamat

Iklan
Laporan Sinar Harian mengenai wabak kusta yang melanda di Kuala Pilah.

DUA perkampungan Orang Asli di Kuala Pilah, Negeri Sembilan iaitu Kampung Chergun dan Guntur dikuarantin serta merta selepas terdapat satu kes kematian akibat penyakit kusta.

Sebelum ini kes ini dianggap hampir pupus di Malaysia, tiba-tiba pula dikejutkan dengan insiden berkenaan.

Iklan
Iklan

Kira-kira 500 penduduk Kampung Orang Asli Guntur dan Chergun memberitahu, mereka kini berasa dipinggir serta disisihkan disebabkan kusta sehingga mengganggu urusan harian terutamanya anak-anak yang bersekolah.

Bagaimanapun, difahamkan ramai belum tahu tentang kusta memandangkan kebanyakannya sekadar kes terpencil.

Iklan

Kusta merupakan jangkitan bakteria ‘Mycobacterium leprae’ yang menyerang sel kulit dan saraf periferi mengakibatkan perubahan progresif pada kulit termasuk kehilangan fungsi.

Penyakit itu dibahagikan kepada dua jenis iaitu leprosi lepromatous iaitu lebih agresif dan lebih mudah berjangkit serta leprosi tuberculoid yang kurang agresif.

Iklan

Namun, orang ramai tidak perlu terlalu khuatir kerana ia tidak merebak melalui sentuhan kulit, sebaliknya menerusi titisan di udara.

Apabila pesakit kusta bersin atau batuk, titisan yang mengandungi bakteria akan dilepaskan ke dalam udara hingga berpotensi menjangkiti orang sekeliling.

Tetapi, simptomnya boleh disedari mengikut pandangan mata kasar iaitu kulit pesakit menjadi lesi, tompok kulit berubah warna, kebas, ulser, bengkak atau benjolan pada pada muka mahupun cuping teling dan banyak lagi.

Sehubungan itu, masyarakat tidak perlu bimbang kerana kusta boleh dikesan dan dirawat sejak awal sekiranya mengambil kira beberapa langkah pencegahan termasuk mengamalkan jarak selamat.

Individu yang mempunyai simptom kusta perlu mendapatkan rawatan segera di hospital atau klinik kesihatan.

Selain itu, rawatan utama untuk penyakit ini adalah penggunaan antibiotik yang ditawarkan secara percuma oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Lakukan pengesanan awal kontak rapat pesakit kusta juga penting bagi mengelakkan jangkitan merebak.

Bukan itu sahaja, laksana kempen kesedaran agar orang ramai tahu tentang penyakit ini sekali gus dapat mengurangkan stigma, malah pesakit mendapat rawatan tanpa diskriminasi.

Akhir sekali, ambil suntikan vaksin BCG kerana meskipun tidak sepenuhnya melindungi daripada kusta, ia dipercayai mampu mengurangkan risiko jangkitan.

Apa pun, jangan pandang remeh pada penyakit kusta dan usah biarkan bakteria ini ‘memakan’ anggota badan kita sendiri. Mencegah lebih baik daripada mengubati.