Perluasan larangan kenderaan berat: Kadar kesesakan kurang 30 peratus

Iklan
(Dari kiri) Suhairy, Amir, Mohd Yusof dan Nor Zulhairi menunjukkan risalah perluasan larangan pergerakan kenderaan berat pada waktu puncak.

DENGKIL - [DIKEMAS KINI] Perluasan larangan pergerakan kenderaan berat pada waktu puncak di jajaran lebuhraya terpilih sekitar Lembah Klang berjaya mengurangkan kadar kesesakan sehingga 30 peratus.

Pegawai Turus Zon Tengah B Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Asisten Superintendan Amir Che Ya berkata, larangan yang berkuatkuasa pada 19 Februari itu bertujuan memberi keselesaan kepada semua pengguna jalanraya, membantu merancang perjalanan mereka dan mengurangkan kesesakan lalu lintas.

Ujar Amir, menerusi tinjauan yang dilakukan dengan kerjasama PLUS Malaysia Berhad (PLUS) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), penguatkuasaan tersebut dilihat berjaya melancarkan aliran trafik pada waktu puncak.

"Tinjauan pada pagi ini kita lihat aliran perjalanan nampak terancang, maknanya mereka (pemandu kenderaan berat) telah susun atur jadual perjalanan mereka.

"Mana yang perjalanan jauh, mereka sudah mula bergerak dan akan berehat di lokasi yang disediakan.

Mohd Yusof memberi risalah larangan pergerakan kepada salah seorang pemandu kenderaan berat di R&R Dengkil Arah Utara, Selangor pada Rabu.

"Cuma kita akan tengok tinjauan (aliran trafik) sesi petang pula macam mana," katanya.

Beliau berkata demikian semasa sesi tinjauan bersama petugas media yang di Rawat (R&R) Dengkil Arah Utara pada Rabu.

Hadir sama Ketua Jabatan Keselamatan Trafik PLUS, Suhairy A Rahman.

Lebuh raya yang terlibat dengan larangan itu adalah Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS), Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE), Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (ELITE) dan Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (DUKE).

Iklan
Iklan
Iklan
Amir ketika sidang media selepas tinjauan di R&R Dengkil Arah Utara pada Rabu.

Ujar beliau, pemandu kenderaan berat yang dikesan melanggar larangan berkenaan boleh disabit kesalahan di bawah Seksyen 79 (2) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

"Kita akan mengenakan tindakan saman kompaun minimum sebanyak RM300 kepada pemandu yang melanggar waktu larangan berkenaan," ujarnya.

Sementara itu, Pengurus Besar Kanan Operasi PLUS, Mohd Yusof Abdul Aziz berkata, pihaknya turut menyediakan penambahan parkir di R&R Dengkil Arah Utara, Selangor susulan larangan kenderaan berat berkenaan.

Menurutnya, inisiatif yang mula beroperasi pada Januari tahun ini secara keseluruhan menyediakan sebanyak 57 petak parkir di R&R tersebut.

Mohd Yusof memberi risalah larangan pergerakan kepada salah seorang pemandu kenderaan berat di R&R Dengkil Arah Utara, Selangor pada Rabu.

"Kita buat penambahan parkir ini adalah supaya kenderaan berat yang tidak boleh meneruskan perjalanan disebabkan larangan tersebut boleh berhenti dan berehat di sini.

"Untuk tambah inisiatif ini, memang ada dalam perancangan kita tetapi bukan dalam kawasan larangan berat sahaja.

"Kita buat tambahan parkir ini di sepanjang laluan PLUS," ujarnya.

Iklan