FUKUSHIMA - Tiga orang ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri pada Selasa di kawasan yang mempunyai kepekatan tinggi gas beracun berhampiran kawasan peranginan air panas di Fukushima, timur laut Jepun dan kemudian disahkan meninggal dunia, menurut pihak berkuasa bomba tempatan.
Menurut Agensi Berita Kyodo, ketiga-tiga mangsa ditemukan ketika operasi mencari tiga pekerja sebuah hotel di kawasan Takayu Onsen iaitu pengurus dalam usia 60-an dan dua pekerja, dalam usia 50-an dan 60-an.