'Tolong doakan kami'
Iklan
Nur Atiqah memohon doa orang ramai agar pembedahan pemindahan hati anaknya berjalan lancar.
SEREMBAN - Bayi yang mengalami kegagalan fungsi hati atau biliary atresia, Nur Alisya Humaira Mohd Shahril akan berlepas ke Shanghai, China Jumaat ini bagi menjalani pembedahan pemindahan hati.
Bayi berusia 11 bulan itu bersama ibu bapanya, Nur Atiqah Barawi, 33, dan Mohd Shahril Ishak, 33, akan menaiki penerbangan dari Lapangan Terbang Kuala Lumpur, jam 8 pagi.
Iklan
Iklan
Menurut Nur Atiqah, dia mengucapkan terima kasih kepada orang ramai yang telah membantu terutama Persatuan Biliary Atresia SeMalaysia (BAMA).
"Alhamdulillah, kami akan China dengan diiringi wakil BAMA dan akan berada di sana selama 25 hari.
Iklan
"Kondisi anak saya pun setakat ini dalam keadaan baik saja, cumanya berat badan dia turun sikit, lain-lain okay," katanya kepada Sinar Harian pada Selasa.
Nur Atiqah berkata, sebanyak 20 peratus hatinya akan didermakan kepada anak bongsunya itu, namun mereka perlu menjalani pemeriksaan lanjut terlebih dahulu sebelum tarikh pembedahan.
Iklan
Laporan Sinar Harian sebelum ini mengenai pengorbanan Nur Atiqah yang mahu mendermakan hatinya kepada anaknya.
Sehubungan itu, dia mengharapkan doa orang ramai supaya semuanya berjalan lancar tanpa sebarang komplikasi.
"Saya dan suami pun tak jangka dalam masa beberapa hari saja dana pembedahan yang melebihi RM100,000 telah terkumpul dan semuanya atas ihsan orang ramai.
"Terima kasih saya ucapkan dan sekarang ini saya hanya minta tolong doakan saya dan anak selamat jalani pembedahan ini.
"Saya hargai dan berharap ALLAH akan gantikan dengan kebaikan kepada semua orang dan kami sebagai ibu bapa akan terus kuat," katanya.
Sebelum ini Sinar Harian melaporkan ibu kepada dua anak ini sanggup mendermakan sebahagian hati untuk anaknya demi memastikan dia dapat membesar dengan sihat seperti kanak-kanak lain.
Nur Alisya Humaira disahkan menghidap penyakit berkenaan pada usia lapan bulan selepas mengalami penyakit kuning yang berterusan.
Seorang bekas ejen insurans dijatuhi hukuman penjara dua tahun dan tiga sebatan oleh Mahkamah Sesyen Seremban pada Jumaat selepas mengaku bersalah menyalahgunakan wang pelanggannya berjumlah RM150,000, empat tahun lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Syamilah Zulkifli.
Hakim Shahrul Rizal Majid menjatuhkan hukuman itu terhadap Ahmad Zul Ariff Ismail, 39, selepas pertuduhan dibacakan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/785324/edisi/melaka-ns/seleweng-rm150000-bekas-ejen-insurans-dipenjara-dua-tahun-tiga-sebatan
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.