Wanita Kelantan jadi rebutan jejaka Pakistan, lelaki pula pilih wanita Thailand
Iklan
JIM Kelantan mendedahkan wanita di negeri ini menjadi rebutan jejaka dari Pakistan manakala golongan lelaki pula memilih wanita dari Thailand untuk dijadikan pasangan hidup - Gambar hiasan, gambar kecil: Mohamed Yusoff
KOTA BHARU - [DIKEMAS KINI] Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Kelantan mendedahkan wanita di negeri ini menjadi rebutan jejaka dari Pakistan manakala golongan lelaki pula memilih wanita dari Thailand untuk dijadikan pasangan hidup.
Ia berdasarkan Permohonan Pas Lawatan Sosial Jangka Panjang Pasangan Bukan Warganegara yang sentiasa meningkat setiap tahun melibatkan dua negara terbabit.
Iklan
Iklan
Pengarah JIM Kelantan, Mohamed Yusoff Khan Mohd Hassan berkata, peningkatan tersebut berlaku setiap tahun, terutama perkahwinan melibatkan pasangan Malaysia-Thailand di antara lelaki tempatan dan wanita di negara jiran.
"Ia (permohonan) berlaku setiap hari dan meningkat setiap tahun. Tahun 2022 seramai 175 lelaki tempatan menikahi wanita Thailand, 2023 (341) dan tahun lepas 308 orang.
Iklan
"Ada juga wanita dari negara ini mengahwini lelaki dari Thailand namun angkanya tidak tinggi hanya sekitar 31 orang pada tahun 2022, 2023 (57) dan 2024 (78)," katanya kepada pemberita pada Selasa.
Menurut beliau, namun kedua-duanya melihatkan peningkatan dan dipercayai 'bibit-bibit' cinta itu mungkin bermula di tempat kerja, kenalan, saudara mara dan sebagainya.
Iklan
Sementara itu, Mohamed Yusoff Khan memberitahu, perkahwinan melibatkan wanita Malaysia dan lelaki Pakistan pula merekodkan seramai 31 orang tahun 2022, 2023 (27) dan 2024 (34).
Ujarnya, ada juga lelaki tempatan menikahi wanita Pakistan namun angkanya tidak ramai hanya sekitar 10 orang pada 2022, 2023 (5) dan 2024 (9).
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="'Tanpa kereta api, kami tidak dapat ke sekolah'"><meta itemprop="description" content=""Tanpa kereta api, kami tidak dapat ke sekolah. Biar terpaksa bangun seawal jam 5 pagi, kami sanggup daripada meredah hutan dalam kegelapan."
Demikian kata Ami Qistina Luqman, 16, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dabong di Kuala Krai yang bergantung kepada pengangkutan tersebut untuk menuntut ilmu.
Pelajar tingkatan empat itu merupakan antara ratusan pelajar yang menjadikan kereta api sebagai pengangkutan utama untuk ke sekolah sejak 17 tahun lalu bermula 2009 apabila hanya di Dabong terdapat sekolah menengah.
Lapor wartawan Sinar Harian, Hazelen Liana Kamarudin.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/763576/edisi/kelantan/tanpa-kereta-api-kami-tidak-dapat-ke-sekolah
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #SesiPersekolahan #Keretaapi #Kelantan"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-01-11T09:29:38.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/Zot381fOss2ed4rQn/x120"><meta itemprop="duration" content="P217S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.html?video=x9xjjyg"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.js" data-video="x9xjjyg"></script>