'Saya sedih tak dapat ke sekolah sejak sakit leukemia'
Iklan
Nurul Syuhadah
KOTA BHARU – Pelajar Tingkatan Lima, Nurul Syuhadah Ab Rahman, 17, yang kini menjalani kemoterapi akibat leukemia, meluahkan kerinduannya untuk kembali ke sekolah bersama rakan-rakan terutama pada hari pertama sesi persekolahan yang bermula pada Isnin.
Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Muadzam Shah, Pahang itu bagaimanapun perlu memberikan tumpuan kepada rawatan, menyebabkan dia terlepas sesi persekolahan 2025.
Iklan
Iklan
Nurul Syuhadah disahkan menghidap leukemia tahap sederhana yang juga sejenis kanser darah, selepas mengalami demam berpanjangan pertengahan tahun lalu.
Nurul Syuhadah (kiri) yang kini menjalani kimoterapi, dikunjungi rakan-rakannya dari Pahang.
"Pada awalnya, saya ingatkan demam biasa, tapi selepas hampir sebulan, ibu bapa bawa saya ke hospital untuk pemeriksaan lanjut ketika kami pulang bercuti di kampung nenek di Kuala Krai.
Iklan
"Hasil ujian darah menunjukkan saya hidap leukemia,” katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) di sini.
Seluruh kehidupan Nurul Syuhadah berubah dan dia kini menjalani kemoterapi keempat daripada lapan kitaran rawatan yang dijadualkan.
Iklan
"Saya sedih tak dapat ke sekolah sejak disahkan sakit pada 15 September lalu.
Nurul Syuhadah (dua dari kanan) gembira ke sekolah sebelum disahkan menghidap leukemia.
"Saya juga terlepas banyak kelas, tapi cikgu dan rakan-rakan sering tanya khabar, mereka beri saya semangat untuk terus berjuang,” katanya.
Dia tetap berusaha belajar sendiri kerana tidak mahu ketinggalan membuat persediaan menghadapi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
"Saya mahu ambil SPM seperti rakan-rakan lain, walaupun sekarang banyak berehat akibat kesan rawatan. Saya berharap dapat kembali ke sekolah secepat mungkin,” ujarnya.
Nurul Syuhadah merupakan anak bongsu daripada tujuh beradik dan ibu bapanya menjalankan perniagaan kedai makan di Muadzam Shah namun terpaksa menutup sementara perniagaan itu untuk menjaganya di kampung.
"Keluarga saya banyak memberi sokongan termasuk adik-beradik. Rakan-rakan juga sering datang melawat dan beri kata-kata semangat, saya harap dapat sembuh serta kembali menjalani kehidupan seperti biasa,” katanya.
Demikian kata Ami Qistina Luqman, 16, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dabong di Kuala Krai yang bergantung kepada pengangkutan tersebut untuk menuntut ilmu.
Pelajar tingkatan empat itu merupakan antara ratusan pelajar yang menjadikan kereta api sebagai pengangkutan utama untuk ke sekolah sejak 17 tahun lalu bermula 2009 apabila hanya di Dabong terdapat sekolah menengah.
Lapor wartawan Sinar Harian, Hazelen Liana Kamarudin.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/763576/edisi/kelantan/tanpa-kereta-api-kami-tidak-dapat-ke-sekolah
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.