Wajib hantar live location pada anak setiap kali hantar makanan

Iklan
Seorang peniaga kuih dan roti di Kuala Terengganu sentiasa berkongsi 'live location' dengan anaknya setiap kali melakukan COD bagi memastikan keselamatan diri, terutama ketika ke kawasan terpencil pada waktu malam. (Gambar kecil:Roslina)

KUALA TERENGGANU - Peniaga, Roslina Daud, 43, wajib menghantar live location kepada anak lelaki sulungnya setiap kali menggunakan kaedah penghantaran secara tunai (COD) untuk menghantar kuih dan roti yang dijual kepada pelanggan di sekitar Kuala Terengganu.

Roslina yang juga ibu tunggal kepada empat anak itu berkata, langkah berjaga-jaga tersebut diambil bagi melindungi keselamatan dirinya ketika melakukan penghantaran COD makanan kepada pelanggan terutama di kawasan yang terpencil.

Iklan
Iklan

"Memandangkan saya seorang ibu tunggal maka hal-hal keselamatan ini amat dititikberatkan. Ditambah pula ada kes dan berita melibatkan wanita yang maut ketika COD makanan, memang rasa bimbang dan takut, lebih-lebih lagi kita ini ialah seorang wanita dan agak berisiko jika pergi ke tempat terpencil secara bersendirian.

"Jadi keselamatan diri ini sangatlah penting. Setiap kali saya keluar COD makanan memang wajib maklumkan pada anak-anak dengan kongsi live location melalui aplikasi WhatsApp supaya mereka tahu keberadaan saya,” katanya kepada Sinar Ahad.

Iklan

Roslina (kiri) ketika melakukan penghantaran kuih ke rumah salah seorang pelanggan.

Menurut Roslina, dia tidak akan bersendirian setiap kali hantar makanan pada waktu malam terutamanya di kawasan terpencil.

Iklan

"Kebiasaannya saya hanya COD makanan dari pagi hingga petang. Pada waktu malam pula, saya akan hanya COD makanan untuk perkara yang betul-betul urgent dan hanya untuk orang yang sudah lama kenal.

"Jika pergi COD makanan pada waktu malam hanya pergi ke kawasan terdekat dan wajib ajak anak-anak teman malah tidak pergi ke sesuatu tempat itu secara bersendirian.

"Bagi penghantaran kuih atau roti yang dijual di kawasan luar Terengganu, saya akan lakukan penghantaran menggunakan perkhidmatan pos dan tidak akan hantar sendiri secara COD.

"Langkah itu dibuat demi melindungi keselamatan diri lebih-lebih lagi kita ini merupakan seorang wanita maka aspek-aspek penjagaan diri amatlah penting supaya mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku,” ujarnya.