NARATHIWAT - Seramai 25 individu, termasuk tiga anggota sukarelawan, cedera dalam kejadian letupan bom motosikal di hadapan Pos Kawalan Keselamatan Sukarelawan Pertahanan Weng pada Jumaat malam.
Ketua Polis Weng Kol Pol Heraman Chedee berkata kejadian berlaku pada 7.15 malam waktu tempatan, apabila bom yang dipercayai dipasang pada sebuah motosikal diletakkan kira-kira 700 meter dari Balai Polis Weng meletup.