Tubuhkan suruhanjaya bebas dalam pelaksanaan semula PSA - Reform

Iklan
Idzuafi ketika program Interviu membincangkan tajuk Akta Perkhidmatan Parlimen: Wakil Rakyat tahu ke tak? Foto Sinar Harian ROSLI TALIB

SHAH ALAM - Kerajaan dicadang untuk menubuhkan sebuah suruhanjaya bebas yang dipengerusikan Yang Dipertua Dewan Rakyat atau Dewan Negara dalam pelaksanaan semula Akta Perkhidmatan Parlimen (PSA).

Pengarah Eksekutif Institut Reformasi Politik dan Demokrasi (Reform), Idzuafi Hadi Kamilan turut mencadangkan keanggotaan suruhanjaya berkenaan lebih bersifat terbuka dengan pelantikan dibuat oleh Perdana Menteri atau wakil pembangkang serta beberapa penasihat yang tidak memiliki kuasa mengundi.

Iklan
Iklan

"Cadangan ini telah dibuat menerusi penerbitan laporan penyelidikan oleh Reform dan Gabungan Pilihan Raya dan Adil (Bersih) pada 2021 melibatkan cadangan beberapa aspek penting.

"Jika pelantikan dibuat bukan melibatkan ahli Parlimen, kami mencadangkan penglibatan daripada orang awam seperti pakar, badan bukan kerajaan (NGO) atau ahli akademik,” katanya ketika program Interviu yang dihoskan oleh Haizir Othman di Studio F, Kompleks Kumpulan Karangkraf di sini baru-baru ini.

Iklan

Program Interviu membincangkan tajuk 'Akta Perkhidmatan Parlimen: Wakil Rakyat tahu ke tak?' yang menampilkan panelis, Pengarah Eksekutif Institut Reformasi Politik dan Demokrasi (Reform), Idzuafi Hadi Kamilan (tengah) dan Pengerusi Bersih, Muhammad Faisal Abdul Aziz (kanan). Foto Sinar Harian ROSLI TALIB

Beliau berkata demikian mengulas siapakah yang akan mengetuai PSA sekiranya ia dilaksanakan.

Iklan

Tambah Idzuafi, sebuah badan pengawasan juga perlu diwujudkan bagi memantau suruhanjaya PSA ini dengan mencadangkan penubuhan jawatankuasa pilihan khas perkhidmatan dan kewangan Parlimen.

"Ini adalah modul baru dalam Parlimen abad ke-21 dan sesuai dengan peredaran zaman seperti yang dilaksanakan oleh negara maju antaranya United Kingdom (UK).

"Cadangan-cadangan ini dapat memperkukuhkan sistem perkhidmatan Parlimen negara sekali gus menjadikan institusi berkenaan lebih profesional dalam melaksanakan tugasnya,” katanya.