Pasangan warga asing ditahan 'berlakon' kurang siuman dalam pesawat

Iklan
Pasangan warga asing akan dituduh di Mahkamah Sepang, pada Jumaat.

SEPANG - Pasangan warga asing yang 'berlakon' kurang siuman semasa berada di dalam pesawat yang hendak berlepas ke Jieyang Chaosan, China, di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 2 di sini, disahkan tidak menghidap masalah mental.

Timbalan Ketua Polis Daerah KLIA, Superintenden Albany Hamzah berkata, perkara itu disahkan pihak Hospital Sultan Idris Shah, Serdang pada Rabu.

Iklan
Iklan

Katanya, berikutan itu pasangan terbabit ditahan kira-kira jam 7.30 malam hari yang sama oleh Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) KLIA.

"Kedua-dua tangkapan ini akan dituduh esok di Mahkamah Sepang," katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Iklan

Dalam kejadian kira-kira jam 1.20 petang, 9 Februari lalu, laporan diterima Balai Polis KLIA 2 daripada petugas keselamatan berkaitan kekecohan dalam pesawat terbabit di mana seorang wanita asing berkelakuan kurang siuman hingga mengganggu penumpang lain.

Menurut Albany, wanita itu bersama pasangannya telah dibawa keluar oleh petugas keselamatan pesawat berkenaan.

Iklan

Tambah beliau, semasa siasatan dibuat, pasangan itu gagal memberikan kerjasama selain berkelakuan seperti tidak siuman serta agresif.

"Polis dengan bantuan pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kemudian telah membawa kedua-dua warga asing itu ke Hospital Sultan Idris Shah bagi menjalani pemeriksaan kerana disyaki kurang siuman sebelum ditahan di wad.

"Ujian air kencing juga mengesahkan suspek bebas pengaruh dadah," ujarnya.