WASHINGTON - Rumah Putih pada Rabu menuduh para hakim menyalahgunakan kuasa mereka bagi menghalang kuasa Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, lapor Agensi Berita Jerman dpa.
Jurucakap Rumah Putih Karoline Leavitt berkata, sekurang-kurangnya 12 perintah injunksi terhadap arahan eksekutif Trump dikeluarkan dalam beberapa minggu pertama beliau memegang jawatan.
Iklan
Iklan
"Rumah Putih berpendapat para hakim bertindak sebagai aktivis kehakiman dan bukannya sebagai penimbang tara undang-undang yang jujur.
"Krisis perlembagaan sebenar sedang berlaku dalam badan kehakiman kita, ketika hakim-hakim mahkamah daerah di kawasan liberal di seluruh negara menyalahgunakan kuasa mereka untuk menyekat kuasa eksekutif Presiden Trump secara unilateral,” katanya.
Leavitt berkata seramai 77 juta rakyat Amerika mengundi untuk memilih Trump, dan setiap injunksi yang dikeluarkan"adalah penyalahgunaan kedaulatan undang-undang serta cubaan menggagalkan kehendak rakyat." - Bernama