DUBAI - Majlis Kerjasama Teluk (GCC) menegaskan sokongan berterusan terhadap perjuangan Palestin, sambil menekankan keperluan rakyat Palestin untuk memperoleh hak sah mereka, termasuk semua wilayah yang diduduki, lapor Agensi Berita Arab Saudi (SPA).
Setiausaha Agung GCC Jasem Albudaiwi, mengulangi pendirian tegas itu ketika berucap pada sesi dialog"Keadaan Dunia Arab" sempena Sidang Kemuncak Kerajaan Dunia 2025 di Dubai.