KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) pada Rabu mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang yang dijangka melanda enam negeri sehingga jam 9 malam ini.
MetMalaysia dalam kenyataan pada Rabu memaklumkan negeri-negeri yang dijangka terlibat ialah Perak, khususnya di daerah Larut, Matang dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Batang Padang serta Muallim.