'Wujudkan segera larangan campur beras tempatan dengan import'
Iklan
KPKM digesa wujudkan peraturan baharu yang melarang tindakan mencampurkan beras tempatan dengan import. Gambar kecil: Muslimin
KUALA LUMPUR - Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) digesa supaya segera mewujudkan peraturan baharu yang melarang tindakan mencampurkan beras tempatan dengan import.
Datuk Muslimin Yahaya (PN-Sungai Besar) berkata, langkah tegas itu perlu sekiranya ingin menangani masalah ketiadaan beras tempatan di pasaran sejak lebih setahun lalu.
Iklan
Iklan
"Ada beberapa ahli Parlimen dalam perbahasan kali ini membangkitkan kemungkinan beras tempatan dicampur dengan import. Kemudian dibungkus dan dijual dengan harga import. Ada munasabahnya kerana beras tempatan tiada di pasaran.
Oktober tahun lalu, KPKM dilapor akan menjalankan siasatan terhadap beberapa kilang padi yang didakwa menukar beras tempatan kepada beras import.
Iklan
Timbalan Menterinya, Datuk Arthur Joseph Kurup memberitahu Dewan Rakyat satu peraturan baharu perlu diwujudkan untuk memastikan bekalan beras tempatan (BPT) sekiranya siasatan mengesahkan tuduhan ada campuran beras.
Sementara itu, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man (PN-Kubang Kerian) yang bangkit mencelah dengan mengatakan kerajaan boleh membuat serbuan ke kilang terlibat untuk memeriksa sama ada dakwaan tersebut betul atau sebaliknya kerana mempunyai kesemua data berkenaan.
Iklan
Menurutnya, perkara tersebut boleh dilakukan jika kementerian atau kerajaan benar-benar ingin menyelesaikan masalah yang berlaku sejak sekian lama itu.
"Saya rasa kerajaan ada data dan tahu mana stor simpanan beras import. Kerajaan boleh bertindak (buat pemeriksaan) kerana semua data ada,” katanya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Laporan siasatan pemilikan saham Azam diserahkan minggu depan"><meta itemprop="description" content="Jawatankuasa khas yang ditubuhkan bagi menyiasat isu pemilikan saham oleh Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki dijangka menyerahkan laporan siasatan kepada kerajaan pada minggu depan.
Jurucakap Kerajaan Madani, Datuk Fahmi Fadzil berkata, jawatankuasa khas itu yang dipengerusikan Peguam Negara, Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar kini hampir selesai proses siasatan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/769691/berita/nasional/laporan-siasatan-pemilikan-saham-azam-diserahkan-minggu-depan
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
Jom sertai World #QuranHour 2026 bertemakan Membentuk Manusia Sebelum Membina Dunia.
Daftar di sini untuk pendaftaran fizikal ke Lokasi Perdana:
https://ezy.la/WQH2026
atau daftar di sini untuk Lokasi Hotspot:
https://ezy.la/HOTSPOT
World #QuranHour #SurahAlMuzzammil #QumiLayl #BangkitMalam #Beritasemasa #isupemilikansahamazambaki #SPRM #FahmiFadzil"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-02-27T08:43:48.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/a7xvC1feLb58B93sa/x120"><meta itemprop="duration" content="P99S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.html?video=xa0tyz0"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.js" data-video="xa0tyz0"></script>