24 maut, ratusan hilang tempat tinggal akibat banjir di Bolivia

Iklan
Hujan lebat sehingga menyebabkan banjir di Bolivia dengan La Paz menjadi kawasan paling teruk terjejas. Foto X/El Bunker

LA PAZ - Sekurang-kurangnya 24 maut dan ratusan penduduk kehilangan tempat tinggal susulan hujan lebat sehingga menyebabkan banjir di Bolivia dengan La Paz menjadi kawasan paling teruk terjejas.

Menurut media tempatan, di bandar Tipuani, utara La Paz, limpahan sungai akibat hujan lebat memaksa penduduk mencari perlindungan di sebuah gereja.

Iklan
Iklan

Perkhidmatan meteorologi Bolivia (Senamhi) mengeluarkan amaran jingga dari 7 hingga 22 Februari.

Ini susulan kenaikan paras air sungai, termasuk Sungai Tipuani.

Iklan

Timbalan Menteri Pertahanan Awam, Juan Carlos Calvimontes memaklumkan seorang masih hilang.

Katanya, lapan daripada sembilan wilayah di negara itu turut terjejas akibat cuaca buruk tersebut.

Iklan

Hujan dijangka berterusan sepanjang bulan ini dan berkemungkinan berlanjutan hingga awal Mac. - Awani