Pemandu lori kontena maut tersepit hampir dua jam

Iklan
Seorang pemandu lori kontena maut selepas kenderaan yang dipandunya terbabas sendiri dalam satu kemalangan di laluan keluar Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (WCE) menghala Lebuhraya Kesas, awal pagi Selasa.

SHAH ALAM - Seorang pemandu lori kontena maut selepas tersepit hampir dua jam apabila kenderaan dipandunya itu terbabas di Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (WCE) menuju ke Lebuhraya Shah Alam (KESAS) awal pagi Selasa.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya dimaklumkan mengenai kejadian itu pada 3.04 pagi sebelum menggerakkan pegawai serta anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Andalas dan Shah Alam ke lokasi.

Iklan
Iklan

"Kemalangan disyaki berlaku akibat lori kontena itu terbabas sendiri dan laporan awal komander operasi mendapati mangsa lelaki warga tempatan telah tersepit dengan status keadaan mangsa masih sedar dan mengalami kecederaan ketika kejadian.

"Namun, mangsa yang telah berjaya dikeluarkan kira-kira 5.33 pagi kemudian telah disahkan meninggal dunia oleh petugas Kementerian Kesihatan (KKM)," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Iklan

Beliau berkata kes itu diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya setelah operasi mengeluarkan mangsa berusia 33 tahun itu tamat pada 6.20 pagi tadi. - Bernama

Iklan