Pengunduran Zionis, kemenangan buat Gaza

Iklan
Unit kereta kebal IDF turut berundur dari koridor tersebut.

DEIR AL-BALAH - Pasukan Pertahanan Israel (IDF) telah berundur dari Koridor Netzarim seperti ditetapkan syarat di bawah fasa pertama perjanjian gencatan senjata yang dicapai bersama Hamas pada bulan lalu.

"IDF telah beredar dari kedudukan dan pos masing-masing. Kenderaan kini bebas untuk keluar dan masuk di Salaheddin Road," ujar jurucakap Hamas pada Ahad merujuk kepada Salah al-Din Street.

Iklan
Iklan

Kandungan perjanjian gencatan senjata antara Hamas-Israel menetapkan pengunduran IDF dari Koridor Netzarim yang membahagikan utara dengan bahagian lain di Gaza pada 9 Februari.

Ia ditubuhkan pada fasa awal perang genosid yang dilancarkan ke atas Gaza.

Penarikan semula seluruh pasukan itu dibuat sehari selepas pertukaran tahanan kelima melibatkan 183 tahanan Palestin dengan tiga tawanan Israel.

Iklan

Hamas menyifatkan pengunduran itu sebagai satu lagi kegagalan matlamat perang pemusnahan musuh ke atas penduduk Palestin.

Zionis menubuhkan koridor itu pada fasa awal perang genosid ke atas Gaza.

Iklan

"Gaza akan kekal sebagai tanah yang bebas. Penceroboh dari mana-mana kuasa luar dilarang menduduki tanah kami," tegas pejuang bumi Gaza itu dalam satu kenyataan.

Penduduk Palestin kini bebas melintasi Koridor Netzarim untuk ke utara Gaza.

Jawatankuasa Penentangan Popular (PRC) juga menyifatkan pengunduran musuh itu sebagai kemenangan mereka ke atas projek Amerika-Zionis.

Ia terletak berhampiran zon tertutup tentera yang membentang dari kawasan bersempadan Gaza dengan Laut Mediterranean dan lebarnya kira-kira enam kilometer.

Koridor yang memberikan kawalan strategik termasuk pengawasan secara menyeluruh itu dinamakan sempena Netzarim iaitu penempatan haram Yahudi terakhir yang ditutup di Gaza pada 2005 ketika pengunduran berskala besar Israel di bawah kepimpinan bekas Perdana Menteri, Ariel Sharon.

CROSSHEAD: 'Koridor maut' buat penduduk Palestin

"Bagi penduduk Palestin, ia adalah satu lagi 'koridor maut' kerana Zionis menembak dan membunuh sesiapa sahaja yang menghampiri kawasan itu," kata wartawan Al Jazeera, Stefanie Dekker.

Sementara itu, media tempatan melaporkan beberapa askar Zionis melihat ia sebagai kegagalan memalukan buat mereka kerana terpaksa meninggalkan koridor yang menjadi simbol kuasa mereka selama lebih 15 bulan.

Koridor tersebut ditubuhkan pada fasa awal perang genosid di Gaza.

Tetapi, ia menjadi satu kemenangan buat penduduk Palestin kerana mereka kembali dapat bergerak bebas dan tidak hanya terhad di sesuatu tempat memandangkan kebanyakannya berlindung di bawah khemah sementara.

Felo bukan residen di Majlis Asia Barat mengenai Hal Ehwal Global, Mouin Rabbani berpendapat koridor itu sepatutnya dihapuskan.

"IDF bukan hanya menduduki kawasan itu malah mendirikan sejumlah struktur yang menunjukkan pelan jahat mereka untuk kekal berada di sana dan mempunyai kuasa membahagikan Genting Gaza, sekali gus melumpuhkan sistem pengangkutan dan pergerakan penduduk Palestin.

"Rancangan mereka gagal lagi. Diharapkan Zionis tidak lagi kembali ke kawasan itu," katanya. - Agensi