Bahaya tinggalkan al-Quran, berikut peringatan buat kita

Iklan
MAKSUD ‘meninggalkan al-Quran’ pada ayat ke-30 surah al-Furqan menurut Al-Imam Ibnu Qayyim Al-Jauziyyah adalah tidak suka mendengar, bertadabbur dan berhukum dengan hukum yang dinyatakan dalam kitab suci itu. -Foto: CANVA

ADAKALANYA al-Quran sekadar dilihat tanpa sempat dibelek apatah lagi membacanya dek kerana rutin harian yang begitu sibuk serta padat.

Sesibuk mana pun, usah sesekali kita meninggalkan al-Quran walaupun hanya sekadar mengamalkan apa yang terkandung dalam kitab suci itu atau mendengarkan bait-bait kalamullah itu dibacakan.

Iklan
Iklan

Ini kerana Timbalan Dekan Penyelidikan dan Inovasi, Fakulti Pengajian Quran Sunnah, Universiti Sains Islam Malaysia, Profesor Madya Dr Ahmad Sanusi Azmi menjelaskan, ALLAH SWT mengingatkan kita dalam al-Quran bahawa Nabi Muhammad SAW akan mengadu di hadapan-NYA tentang kewujudan kaum yang meninggalkan kitabullah itu.

DR AHMAD SANUSI

Iklan

Ia berdasarkan firman ALLAH SWT yang bermaksud:"Dan berkatalah Rasul ‘Wahai Tuhanku, sesungguhnya kaumku telah menjadikan al-Quran ini satu perlembagaan yang ditinggalkan, tidak dipakai’.” (Surah al-Furqan: 30)

Ujar ahli akademik itu lagi, Al-Imam Ibnu Qayyim Al-Jauziyyah ketika memperincikan apa yang dimaksudkan dengan ‘meninggalkan al-Quran’ , ia bermaksud tidak suka mendengar, bertadabbur dan berhukum dengan hukum yang dinyatakan dalam kitab suci itu.

Iklan

Berikut perincian kata-kata Al-Imam Ibnu Qayyim Al-Jauziyyah tentang perkara itu:

1. Tidak suka mendengar al-Quran

Menurut Al-Imam Ibnu Qayyim Al-Jauziyyah:"Mereka yang meninggalkan daripada meninggalkan al-Quran, beriman kepadanya dan tidak menumpukan pendengaran kepadanya.”

MENURUT Al-Imam Ibnu Qayyim Al-Jauziyyah, mereka yang tidak berhukum dengan al-Quran dan bertadabbur dengannya termasuk antara kelompok yang dianggap meninggalkan kalam ALLAH. -Gambar hiasan/ Foto: CANVA

2. Tidak beramal dengan al-Quran

Kata Al-Imam Ibnu Qayyim Al-Jauziyyah:"Mereka meninggalkan daripada beramal dengannya, tidak berpegang dengannya dalam urusan halal haram sekalipun mereka membaca al-Quran dan beriman dengannya.”

3. Tidak berhukum dengan al-Quran

JelasAl-Imam Ibnu Qayyim Al-Jauziyyah:"Mereka meninggalkan daripada berhukum dengannya dalam perkara asas mahupun perkara yang cabang.”

4. Tidak bertadabbur dengan al-Quran

Menurut Ibnu Qayyim:"Mereka meninggalkan daripada bertadabur, tidak cuba memahami apa yang dikehendaki daripada apa yang disebut dalam al-Quran.”

JADIKAN al-Quran sebagai panduan dalam setiap urusan kehidupan kita. -Foto: CANVA

Sesungguhnya, al-Quran bukan sekadar mukjizat agung kepada Nabi Muhammad SAW, tetapi sebagai umat Baginda, umat Islam juga mempunyai tanggungjawab terhadap kitab suci itu.

Selain itu, artikel itu turut menyebut supaya kita membaca kalam ALLAH itu dengan betul kerana ia merupakan salah satu ibadah yang sangat besar pahalanya.

"Seterusnya, kita juga disuruh untuk bertadabbur bagi memahami ayat-ayat dan mempelajari tafsirannya selari dengan tujuannya diturunkan iaitu memimpin manusia ke jalan yang lurus serta mengeluarkan daripada kegelapan, menyelamatkan daripada kesesatan, kejahilan dan kesyirikan untuk menuju kebenaran dan memperoleh kebahagiaan dunia dan akhirat.

"Paling penting, amalkan apa yang diperintahkan dalam al-Quran dan menjauhi larangannya serta menjadikannya sebagai rujukan dalam semua urusan kehidupan,” katanya.

Dalam pada itu, artikel tersebut turut menyeru agar umat Islam menyampaikan ilmu yang telah dicurahkan.

AMALKAN apa yang diperintahkan dalam al-Quran dan menjauhi larangannya serta menjadikannya sebagai rujukan dalam semua urusan kehidupan. -Foto: CANVA

"Seperkara lagi, pertahankanlah kebenaran dan kedaulatan al-Quran walaupun terpaksa mengorbankan harta serta nyawa,” katanya.