'Tak perasan pakai nombor plat lain'

Iklan
Aedy Fadly melakukan pemeriksaan ke atas penunggang motosikal semasa Op Khas Tahun Baharu Cina di Plaza Tol Sungai Besi, Kuala Lumpur pada Ahad.

KUALA LUMPUR -"Saya tak perasan nombor plat motosikal ini dah tukar. Saya guna saja pergi jumpa kawan."

Itu dakwa seorang lelaki berusia lingkungan 20-an selepas motosikal jenis Honda RS150 ditunggangnya didapati menggunakan nombor pendaftaran kenderaan lain.

Iklan
Iklan

Menurutnya, motosikal itu adalah milik abangnya.

JPJ menyita motosikal atas pelbagai kesalahan semasa Op Khas Tahun Baharu Cina di Plaza Tol Sungai Besi, Kuala Lumpur pada Ahad.

Iklan

"Betul tuan, saya tak perasan nombor platnya dah lain. Nombor (plat) ini motosikal ayah dan digunakan sebab ada tunggakan bayaran di kedai," katanya selepas ditahan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dalam sekatan jalan raya Op Khas Tahun Baharu Cina (TBC) 2025 di Plaza Tol Sungai Besi di sini pada Ahad.

Semakan yang dibuat juga mendapati penunggang itu tidak mempunyai lesen memandu selain beberapa kesalahan lain pada motosikalnya.

Iklan

Selain itu, seorang remaja lelaki turut ditahan gara-gara ubah suai ekzos serta tidak mempunyai brek belakang.

"Maaf cik brek saya dah patah," katanya yang cuba berdalih selepas cuba menipu pegawai operasi.

Remaja berusia 19 tahun itu berkata, dia dalam perjalanan hendak pulang ke rumah di Tanjung Minyak, Melaka selepas bersama rakan makan di sekitar Kuala Lumpur.

Sementara itu, Ketua Pengarah JPJ, Datuk Aedy Fadly Ramli berkata, Op Khas TBC ini dilakukan selama empat jam bermula 8 malam melibatkan keanggotaan JPJ Kuala Lumpur, Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) dan konsesi Lebuhraya PLUS.

Antara kenderaan yang diperiksa dalam Op Khas Tahun Baharu Cina 2025 di Plaza Tol Sungai Besi pada Ahad.

Katanya, sebanyak 3,020 kenderaan diperiksa dan 755 notis dikeluarkan atas pelbagai kesalahan.

"JPJ telah mengeluarkan 590 notis saman, 17 notis larang guna kenderaan, 137 notis arah periksa, dua notis berkaitan timbang serta sembilan notis sitaan ke atas motosikal.

"Kesalahan berkait lesen memandu paling tinggi direkodkan iaitu 204 kes, diikuti cukai jalan tamat tempoh (145 kes), tiada insurans (134 kes), cermin gelap (85 kes), nombor pendaftaran (99 kes), teknikal (65 kes) dan selebihnya lain-lain kes," katanya.

Dalam pada itu, kata Aedy Fadly, AADK turut mendapati tiga individu positif dadah hasil saringan air kencing semasa ditahan dalam operasi berkenaan.

Mengulas mengenai Op Khas TBC yang telah dilaksanakan selama 21 hari dan tamat pada Ahad, beliau berkata, sebanyak 107,014 notis dan 724 sitaan kenderaan diambil pihaknya.

JPJ memeriksa motosikal yang didapati tidak mempunyai brek belakang selain kesalahan teknikal lain semasa Op Khas Tahun Baharu Cina di Plaza Tol Sungai Besi, pada Ahad.

"Operasi ini bertindak memeriksa 429,423 kenderaan selain 18 individu gagal saringan air kencing," ujarnya.

Tegasnya, JPJ sentiasa komited dalam memastikan keselamatan semua pengguna jalan raya dan berusaha meminimumkan kadar kemalangan dan kematian akibat nahas jalan raya.