Hentikan 'content' murahan, melampaui batas

Iklan
Laporan Sinar Harian mengenai pempengaruh yang menghasilkan kandungan media sosial di Kota Bandung, Jawa Barat, Indonesia.

SEJAK kebelakangan ini kecoh dengan kandungan 'murahan' yang dihasilkan oleh segelintir pempengaruh media sosial di Malaysia.

Mereka boleh dikatakan sudah melampaui batas sehingga sanggup melakukan perkara yang biadab atau luar normalisasi semata-mata mahu menambah pengikut dan mendapat perhatian ramai.

Iklan
Iklan

Kandungan memalukan itu bukan sahaja menyebabkan rakyat Malaysia menjadi muak kepada pempengaruh media sosial namun boleh menjejaskan nama negara di seluruh dunia.

Ini kerana, ada di antara mereka mengambil mudah dan meremehkan sesuatu perkara walaupun sedar ia akan memberi kesan negatif kepada orang lain.

Iklan

Sebagai seorang pempengaruh, mereka sepatutnya bijak dalam menghasilkan kandungan media sosial dan bukannya melakukan apa sahaja semata-mata terdesak mengejar populariti.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, pempengaruh media sosial diingatkan untuk berpada-pada dan tidak keterlaluan dalam menghasilkan kandungan demi mendapatkan tontonan.

Iklan

"Mungkin cara kita menghasilkan content, kadang-kadang ialah ia bukan seperti yang diceritakan dalam content itu, tapi netizen sangat pantas untuk melakukan siasatan mereka sendiri.

"Peringatan saya walaupun kita tidak melesenkan pempengaruh, mereka yang menghasilkan content tapi kita harus mengambil pengajaran dan tidak menghasilkan ataupun tidak bertindak sedemikian,” katanya.

Sebelum ini, pempengaruh Malaysia, Ammar Mohd Nzahan dan Aras yang menghasilkan kandungan media sosial di Kota Bandung, Jawa Barat, Indonesia, rupanya berlakon mengenai kehilangan teman mereka di sebuah hutan.

KumparanNews menerusi laporan mereka pada Khamis mengesahkan siasatan polis mendapati ia adalah cerita palsu.

Sementara itu, tular video pempengaruh Imran Bard dilihat melakukan adegan mesra bersama seorang lelaki yang dikenali sebagai Joseph termasuk dipeluk dari belakang.

Malah, Joseph turut mengetap bibir sewaktu menarik Imran rapat dengannya.

Tindakan tersebut berlaku selepas Imran menghidangkan juadah char kuetiau kepada Joseph tetapi tidak kena dengan seleranya.

Kemudian, Joseph yang memanggil Imran dengan panggilan sayang menawarkan diri untuk mengajarnya memasak dengan cara betul.