TOKYO - Dua juruterbang Japan Airlines (JAL) digantung tugas selama tujuh bulan daripada mengemudi mana-mana pesawat oleh Kementerian Pengangkutan Jepun kerana minum arak berlebihan dan berbohong kepada majikan mereka.
Kementerian itu berkata, kedua-dua bekas kapten itu minum arak melebihi had walaupun mengetahui peraturan yang mengehadkan jumlah alkohol yang diambil 12 jam sebelum penerbangan dijadualkan.