Penunggang motosikal maut digilis bas

Iklan
Penunggang motosikal disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian dalam kemalangan di Jalan Kemajuan pada Selasa. Foto polis

KUALA TERENGGANU - Seorang penunggang motosikal maut selepas digilis sebuah bas dalam kemalangan di Jalan Kemajuan di sini pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd Noor berkata, kejadian yang berlaku kira-kira 8.25 malam itu menyebabkan Nur Damia Umairah Amir Aswadi, 18, meninggal dunia di lokasi kejadian.

Iklan
Iklan

"Siasatan awal mendapati mangsa dari arah bandar Kuala Terengganu menghala ke rumahnya di Manir.

"Ketika kejadian bas sedang bergerak terus di lorong tengah dan secara tiba-tiba mangsa yang berada di lorong kiri telah masuk ke laluan bas tersebut.

Iklan

"Akibat pelanggaran tersebut, mangsa telah terjatuh di laluan bas dan kemudian digilis dari tayar belakang," katanya.

Tambah Azli, pemandu bas tidak mengalami sebarang kecederaan.

Iklan

Menurut beliau, mayat mangsa telah dibawa ke Unit Forensik Hospital Sultanah Nur untuk tindakan lanjut.

"Kes disiasat bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987," ujarnya.