RIYADH - [DIKEMAS KINI] Arab Saudi mengumumkan rombakan dasar visa besar-besaran dengan mengehadkan pelancong daripada 14 negara kepada visa kemasukan tunggal untuk pelancongan, perniagaan dan lawatan keluarga bermula pada 1 Februari baru-baru ini.
Memetik media antarabangsa, polisi visa tersebut akan menggantung visa berbilang kemasukan (MEV) satu tahun untuk negara Algeria, Bangladesh, Mesir, Ethiopia, India, Indonesia, Iraq, Jordan, Maghribi, Nigeria, Pakistan, Sudan, Tunisia dan Yaman.
Menurut pihak berkuasa tempatan, perkara itu adalah penggerak kepada perubahan dan juga bertujuan untuk memerangi jemaah haji haram.
Antara peraturan visa baharu adalah pengecualian; bagi visa haji atau umrah, visa diplomatik atau rasmi dan pemegang permit pemastautin dan visa kemasukan tunggal sahaja; sah selama 30 hari dengan penginapan maksimum 30 hari.
Peraturan tersebut diteruskan lagi dengan tujuan yang terjejas; pelancongan, perniagaan dan lawatan keluarga dan digantung; MEV satu tahun.
Jelasnya, sesetengah pelawat dengan program visa jangka panjang memilih menetap lebih lama untuk bekerja secara haram atau menunaikan haji di luar saluran rasmi yang sebenarnya terhad kepada jemaah haji lulusan kerajaan Arab Saudi.
Dalam pada itu, kuota yang dikeluarkan untuk jemaah haji oleh kerajaan Arab Saudi memerlukan permit khusus sebelum mereka dapat mengerjakan ibadah tersebut.
Bagaimanapun, kerajaan telah lama bergelut dengan golongan yang menggunakan visa bukan haji dan memasuki Mekah ketika musimnya.
Terdahulu, menurut pegawai Arab Saudi, lebih 1,200 jemaah meninggal dunia semasa mengerjakan ibadah tersebut pada 2024.
Pihak berkuasa mengesahkan peraturan itu bersifat sementara tanpa menyatakan tempoh masa untuk semakan.