PPM gagalkan cubaan seleweng diesel subsidi bernilai hampir RM700,000

Iklan
Diesel yang berjaya dirampas dalam serbuan di Kampung Bantayan, Inanam, Kota Kinabalu.

KOTA KINABALU - Cubaan menyeleweng diesel bersubsidi di daerah ini gagal apabila sepasukan anggota Pasukan Polis Marin (PPM) melakukan serbuan Op Taring Landai Khas di sebuah stor penyimpanan minyak di Kampung Bantayan Inanam di sini pada Isnin.

Dalam serbuan kira-kira jam 12 tengah hari itu, diesel bernilai RM404,600 berjaya dirampas dan enam lelaki berusia 20 hingga 50 tahun dipercayai pekerja turut ditahan.

Iklan
Iklan

Komander PPM Wilayah 4, Asisten Komisioner Mohd Nazri Ibrahim berkata, rampasan dan tangkapan tersebut dibuat oleh Unit Gempur Marin (UNGERIN) PPM.

"Hasil pemeriksaan lanjut di dalam stor tersebut terdapat aktiviti penyimpanan minyak bersubsidi tanpa kebenaran dan sebanyak 102,300 liter diesel ditemui.

Iklan

"Pekerja tersebut turut gagal menunjukkan dokumen pemilikan atau menyimpan barang bersubsidi yang sah daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN)," katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Antara individu yang ditahan bersama lori yang digunakan untuk aktiviti menyeleweng diesel di Kampung Bantayan, Inanam, Kota Kinabalu.

Katanya lagi, hasil pemeriksaan lanjut turut menemui pelbagai alat dipercayai digunakan untuk aktiviti memindahkan diesel tersebut.

Iklan

"Terdapat 12 tangki simpanan minyak, tiga lori tangki bersama tiga lori lain, tujuh pam, tangki jenis fiber, pam air dan gulungan hos minyak pelbagai saiz dipercayai untuk kegunaan penyimpanan dan pemindahan diesel tersebut.

"Anggaran nilai rampasan adalah sebanyak RM1.24 juta dan kesemuanya diserahkan kepada pihak KPDN untuk siasatan dan tindakan lanjut di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961," katanya.

Sementara itu, dalam serbuan berasingan, pihak PPM turut berjaya merampas 93,100 liter diesel dalam stor penyimpanan di sekitar daerah ini.

"Dalam serbuan itu, seramai 10 lelaki tempatan berusia antara 27 hingga 62 tahun ditahan dan beberapa buah lori, van, pacuan empat roda serta beberapa peralatan turut dirampas.

"Anggaran nilai keseluruhan rampasan adalah sebanyak RM1.398 juta termasuk nilai diesel sebanyak RM288,300," katanya.