Juragan larikan diri tinggal krim pemutih, ginseng tiada kelulusan KKM dalam bot

Iklan
sebanyak 15 kotak berisi barangan kosmetik dan ubat-ubatan ditinggalkan pemiliknya di dalam bot tersebut.

SEMPORNA - Krim pemutih dan ginseng antara barang yang dirampas dalam sebuah bot laju ketika sepasukan anggota Pasukan Polis Marin (PPM) melakukan rondaan Op Taring Gelora di perairan Sisipan, di sini pada Sabtu lalu.

Dalam kejadian kira-kira jam 5.30 petang itu, sebanyak 15 kotak berisi barangan kosmetik dan ubat-ubatan ditinggalkan pemiliknya di dalam bot tersebut.

Iklan
Iklan

Komander PPM Wilayah 4 Asisten Komisioner Mohd Nazri Ibrahim berkata, rampasan berjaya dibuat ketika sepasukan anggotanya yang melakukan rondaan mengesan pergerakan bot tersebut yang dilihat dalam keadaan mencurigakan.

"Anggota kita cuba menahan bot itu, namun juragan bertindak memecut ke kawasan cetek.

Iklan

"Bot ronda terus mengekori bot tersebut namun juragan menghilangkan diri dan meninggalkan bot berkenaan.

"Hasil pemeriksaan pada bot tersebut menemui sebanyak 15 kotak barangan kosmetik termasuk krim pemutih dan pelbagai jenis ginseng dipercayai dibawa masuk untuk pasaran tempatan di negeri ini," katanya ketika dihubungi pada Isnin.

Iklan

sebanyak 15 kotak berisi barangan kosmetik dan ubat-ubatan ditinggalkan pemiliknya di dalam bot tersebut.

Katanya lagi, hasil pemeriksaan lanjut mendapati barangan kosmetik dan ubat-ubatan itu tidak mempunyai sebarang kelulusan daripada Kementerian Kesihatan Malaysian (KKM).

"Tiada sebarang dokumen yang sah dan diguna pakai sebagai pemilikan, kebenaran berdaftar, resit belian dan penggunaan barang ditemui bersama barangan tersebut.

"Selepas menunggu selama hampir satu jam, tiada sesiapa yang tampil menuntut barangan tersebut lalu kesemua barang termasuk bot yang bernilai RM126,210 dibawa ke Pangkalan PPM Semporna untuk dirujuk ke Jabatan Farmasi Tawau bagi tindakan selanjutnya," katanya.

Mohd Nazri berkata, kes diklasifikasikan di bawah Akta Jualan Dadah 1952 yang dibaca bersama Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah Dan Kosmetik 1984.