Kanak-kanak lemas ketika mandi di Pantai Kandis

Iklan
Mangsa cuba diberi bantuan pernafasan sebaik ditemukan.

BACHOK - Seorang kanak-kanak lelaki lemas manakala tiga lagi sepupunya terselamat ketika mandi di Pantai Kandis di sini pada Jumaat.

Mayat mangsa, Ahmad Ammar Rafaeil Ahmad Ridtauden, 9, ditemukan pada jam 7.25 malam dalam jarak satu kilometer (km) dari tempat terakhir dikatakan lemas.

Iklan
Iklan
Lokasi mangsa lemas di Pantai Kandis, Bachok.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bachok, Pengawai Bomba Kanan II KUP, Yusri Mat Ghani berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 6.11 petang berhubung kejadian itu dan tiba di lokasi pada jam 6.31 petang untuk operasi mencari serta menyelamat mangsa.

"Kejadian lemas berlaku di pantai terbabit melibatkan mangsa yang mandi bersama tiga lagi sepupu.

Iklan

"Seorang mangsa tidak dapat menyelamatkan diri kerana ombak dan arus deras manakala lain-lain terselamat,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Mangsa ditemukan namun disahkan meninggal dunia.

Menurut beliau, sebaik dijumpai, mangsa yang lemas dibawa ke tepi pantai dan diberi bantuan pernafasan.

Iklan

"Mangsa bagaimanapun disahkan meninggal dunia oleh kakitangan perubatan yang tiba di lokasi kejadian.

"Operasi pencarian yang dilakukan oleh lapan anggota dari BBP Bachok dan dibantu unit Pasukan Penyelamat di Air Pengkalan Kubur tersebut ditamatkan,” katanya.

Difahamkan, tiga yang terselamat membabitkan kanak-kanak berusia lapan, 10 dan seorang remaja berusia 15 tahun.