BNM keluarkan dokumen semakan semula dasar wang elektronik
Iklan
BNM mengeluarkan dokumen dasar wang elektronik dan set soalan lazim yang disemak semula berkuat kuasa hari ini. Gambar hiasan
BANK Negara Malaysia (BNM) mengeluarkan dokumen dasar wang elektronik dan set soalan lazim (FAQ) yang disemak semula berkuat kuasa hari ini.
Bank pusat itu dalam satu kenyataan hari ini berkata, dokumen dasar itu menetapkan keperluan bagi memastikan keselamatan dan kebolehpercayaan wang elektronik yang dikeluarkan oleh pengeluar wang elektronik (EMI) selain mengekalkan keyakinan pelanggan dan peniaga untuk menggunakan atau menerima wang elektronik bagi pembayaran barangan serta perkhidmatan.
Iklan
Iklan
"Dokumen dasar ini disertakan dengan pernyataan balas untuk menjawab maklum balas dan cadangan utama yang diterima semasa tempoh perundingan.
"Disertakan juga semakan FAQ bagi meningkatkan pemahaman orang ramai tentang keperluan yang ditetapkan BNM serta menjelaskan isu tafsiran dalam pelaksanaan keperluan dokumen dasar wang elektronik ini,” kata BNM dalam laman sesawang rasminya.
Iklan
Bank pusat berkata, semakan dokumen dasar dan FAQ ini dibuat selaras dengan pewartaan Perintah Perkhidmatan Kewangan (Wang Elektronik Maksud Terhad) (Pengecualian) 2024 [P.U.A 463/2024] dan Perintah Perkhidmatan Kewangan Islam (Wang Elektronik Maksud Terhad) (Pengecualian) 2024 [P.U.A 461/2024] yang mengecualikan EMI maksud terhad (limited purpose EMI) daripada dokumen dasar ini.
Menurut BNM lagi, dokumen dasar tersebut menetapkan keperluan dan panduan pengawalseliaan oleh BNM kepada EMI yang diluluskan menurut seksyen 11 Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 atau Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013. - Bernama
Iklan
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="WCE sumbang RM10,000 jaga kebajikan seladang jantan Zoo Taiping"><meta itemprop="description" content="WCE sumbang RM10,000 jaga kebajikan seladang jantan Zoo Taiping
West Coast Expressway Sdn Bhd (WCE) menyumbang RM10,000 bagi menaja seekor seladang jantan di Zoo Taiping & Night Safari sebagai sebahagian daripada komitmen berterusan terhadap pemuliharaan biodiversiti.
Pengarah Urusannya, Lyndon Alfred Felix berkata, sumbangan menerusi Program Anak Angkat Seladang itu bertujuan menampung kos pemeliharaan dan operasi haiwan berkenaan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/789091/bisnes/wce-sumbang-rm10000-jaga-kebajikan-seladang-jantan-zoo-taiping
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #WCE #ZooTaiping #seladangjantan"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-07-23T10:15:20.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P87S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xargksi"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xargksi"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xargksi"></script>