KOTA BHARU - Selepas tiga hari hilang, lelaki yang terjatuh ke dalam sungai di Kampung Maka, Pulai Chondong, Machang, ditemukan oleh pasukan operasi mencari dan menyelamat (SAR) pada jam 4.30 petang tadi.
Ketua Polis Daerah Machang Superintenden Ahmad Shafiki Hussin berkata, mayat Muhammad Khairul Naeim Che Deraman, 29, ditemukan dalam keadaan terapung.