Shuhaily kembali ke PDRM urusan pentadbiran KDN - AGC

Iklan
Mohd Dusuki pada Majlis Perasmian dan Penyerahan Prasarana Rekreasi Kampung Angkat Madani Jabatan Peguam Negara 2026 di Dataran Pinggiran Warisan Kampung Kok Lanas di sini pada Sabtu. Foto SINAR HARIAN/ADILA SHARINNI WAHID

KOTA BHARU – Keputusan mengembalikan Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain ke Polis Diraja Malaysia (PDRM) merupakan urusan pentadbiran Kementerian Dalam Negeri (KDN).

Peguam Negara, Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar berkata, Jabatan Peguam Negara (AGC) tidak terlibat dalam keputusan berhubung penempatan Mohd Shuhaily sama ada dikekalkan di AKPS atau dikembalikan ke PDRM.

Iklan
Iklan

“AGC tidak terlibat dalam keputusan itu,” katanya.

Beliau berkata demikian Majlis Perasmian dan Penyerahan Prasarana Rekreasi Kampung Angkat Madani Jabatan Peguam Negara 2026 di Dataran Pinggiran Warisan Kampung Kok Lanas di sini pada Sabtu.

Iklan

Mohd Dusuki (tiga dari kiri) menyerahkan simbolik prasarana kepada komuniti Kok Lanas. Foto SINAR HARIAN/ADILA SHARINNI WAHID

Minggu lepas, Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengambil keputusan mengembalikan Mohd Shuhaily yang dalam kontrak peminjaman kader sebagai Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS) kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Iklan

Menurutnya, AGC juga belum menerima rujukan rasmi dan belum memberikan pandangan rasmi berhubung perkara melibatkan Shuhaily.

“Kami belum memberi pandangan secara rasmi sebab ia belum dirujuk kepada pihak AGC.

“AGC hanya akan memberikan nasihat sekiranya menerima rujukan berkaitan perkara yang memerlukan pandangan undang-undang,” katanya.

Sebelum ini, Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohd Khalid Ismail dilaporkan berkata, kedudukan perkhidmatan Mohd Shuhaily dirujuk kepada AGC untuk mendapatkan pandangan undang-undang sebelum dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong bagi mendapatkan perkenan.