KANGAR - Reman terhadap seorang penganggur yang ditahan bersama ganja seberat 16.6 kilogram (kg) bernilai RM51,646 di Padang Besar pada 22 Januari lepas disambung enam hari bermula esok bagi membantu siasatan.
Timbalan Ketua Polis Daerah Padang Besar, Superintenden Sarih Salleh berkata, Majistret Mahkamah Kangar Nurshahida Abdul Rahim membenarkan tahanan reman terhadap lelaki berusia 21 tahun itu disambung selepas perintah remannya yang bermula 24 Januari berakhir pada Khamis.