Nenek baru kematian suami dipukul setengah mati

Iklan
Mangsa didakwa dipukul sehingga parah dan turut mengalami kecederaan di muka dan kepala malah lidah mangsa perlu dijahit.

TANJUNG KARANG - Nenek berusia 73 tahun baru kematian suami pada 1 Januari lalu parah selepas didakwa dipukul seorang lelaki dikenalinya dan kini dirawat di Hospital Tanjung Karang.

Keluarga mangsa, Rahani Sakroni, 30, mendakwa, dalam kejadian Selasa lalu, nenek saudaranya, Kamsiah Sharif bersendirian di rumah di Kampung Pasir Tuntung, Bukit Rotan sebelum didatangi lelaki terbabit.

Iklan
Iklan

"Saya tidak pasti apa tujuan lelaki itu kerana tiada barangan di dalam rumah (nenek) yang diambil sebaliknya saya dimaklumkan pelaku itu terus memukul nenek sebelum menghilangkan diri.

"Kami berharap pelaku segera ditahan, perbuatannya tidak berperikemanusiaan kerana sanggup memukul seorang warga emas sehingga parah," katanya kepada Sinar Harian pada Khamis.

Iklan

Terdahulu, Rahani yang menggunakan nama Anie Rahani di laman Facebook turut berkongsi mengenai insiden yang menimpa Kamsiah di laman sosialnya itu agar pelaku itu dapat dikesan.

Wanita itu turut mendakwa nenek saudaranya itu dipukul sehingga separuh mati dan turut mengalami kecederaan di bahagian muka dan kepala malah lidah mangsa perlu dijahit.

Iklan

Rahani mengulas lanjut berkata, laporan sudah dibuat oleh ahli keluarga namun didakwa masih belum lengkap apabila mangsa sendiri masih belum tampil untuk membuat sebarang laporan polis.

"Saya difahamkan saksi sudah membuat laporan namun nenek masih belum dapat berbuat demikian kerana masih dirawat di Hospital Tanjung Karang sehingga tengah hari (Khamis)," ujarnya.

Sementara itu, setakat artikel ini ditulis, masih belum ada identiti pelaku berhubung kejadian itu.

Selain itu, masih juga belum ada kenyataan daripada pihak berkuasa berkenaan hantaran Anie di laman Facebooknya itu yang turut menjadi tular dan mendapat pelbagai reaksi.