SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi mendakwa bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir yang sebenarnya mahu UMNO menjadi lalat dan cuba bunuh parti Melayu itu untuk diganti dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).
Mohd Puad berkata, namun akhirnya Tun M dijadikan lalat oleh kumpulan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Menurutnya, Tun M diterajang daripada Bersatu kerana dituduh jadikan parti itu lalat kepada DAP sehingga kalah teruk Pilihan Raya Kecil (PRK) Tanjung Piai.
"Akhirnya dia dijadikan lalat oleh kumpulan Muhyiddin, terpaksa terbang ke sana ke mari macam lalat mencari tempat baru," katanya menerusi laman Facebook pada Rabu.
Sebelum ini, Tun M dakwa pimpinan UMNO tidak lebih daripada lalat dalam Kerajaan Perpaduan,
Beliau malah membenarkan label ‘lalat dan singa’ yang diguna pakai Kor Ming terhadap salah seorang pemimpin UMNO.
Tambah Mohd Puad, bagaimanapun kenyataan Tun M tidak memberi kesan kepada UMNO.
"UMNO tidak terkesan pun didakwa umpama lalat malah terbukti ular berbisa di Nenggiri dan Mahkota," ujarnya.