RoS gantung aktiviti PN: Cabaran besar buat parti lain selain Pas
Iklan
Parti lain selain Pas berdepan cabaran lebih besar sekiranya platform PN tidak dapat digunakan untuk menghadapi pilihan raya. Gambar kecil: Muhammad Hafis dan Mohammad Tawfik.
SHAH ALAM - Parti-parti komponen lain dalam Perikatan Nasional (PN) selain Pas berkemungkinan paling terkesan sekiranya penggantungan aktiviti gabungan itu berpanjangan, khususnya dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan pilihan raya umum akan datang.
Penganalisis politik, Dr Mohamad Hafis Amat Simin berkata, parti seperti Parti Wawasan Negara (Wawasan), Parti Pejuang Tanahair (Pejuang), Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) dan Parti Rakyat India Malaysia (MIPP) berdepan cabaran lebih besar sekiranya platform PN tidak dapat digunakan untuk menghadapi pilihan raya.