MCA Johor mohon maaf, pentadbir muat naik status kontroversi telah disingkir
Iklan
Kenyataan memohon maaf daripada MCA Johor.
JOHOR BAHRU - MCA Johor memohon maaf khususnya kepada seluruh umat Islam atas perkongsian status menghina dan memperlekeh agama Islam yang dibuat tanpa sengaja oleh salah seorang pentadbir Facebook parti itu pada Ahad lalu.
MCA Johor dalam kenyataannya pada Selasa, memaklumkan perkongsian terbabit dibuat tanpa memaklumkan kepada pemimpin utama MCA Johor.
Iklan
Iklan
"Pentadbir yang telah lama bersara dari pejabat MCA Johor itu mengakui tersilap berkongsi status daripada pihak lain yang bukan ditulis oleh MCA Johor atau mana-mana pemimpin MCA.
"Pentadbir tersebut juga telah pun dikeluarkan daripada memiliki akses Facebook MCA Johor dan kini ia dikendalikan oleh pentadbir baharu sahaja.
Iklan
Sebelum itu, MCA Johor pada Ahad, menerusi akaun Facebooknya memuat naik status menyatakan kerajaan sudah menyediakan dana untuk membantu rakyat Palestin, selain peruntukan kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan bagi tujuan percetakan al-Quran, namun untuk tol percuma Tahun Baharu Cina, tidak diberikan.
"Perbandingan itu, menurut pelbagai pihak menimbulkan sangkaan jahat dan membina persepsi salah terhadap bantuan yang diterima umat Islam dan rakyat Palestin.
Iklan
Mengulas lanjut, MCA Johor berkata, parti itu tidak pernah berniat hendak mengguris perasan umat Islam dan menghina agama Islam.
"Kami di MCA Johor tidak pernah terlintas dan tiada niat untuk mengguris hati, jauh sekali menghina atau memperlekehkan agama Islam atau mana-mana agama dan kaum di negara ini.
"Sekali lagi, MCA Johor memohon maaf kepada seluruh umat Islam di Malaysia di atas apa yang berlaku.
"MCA Johor akan lebih berhati-hati dan memastikan kejadian sama tidak berulang lagi," kata kenyataan itu lagi.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="'Peletakan jawatan saya berkuat kuasa serta-merta sejurus Najib jejak ke rumahnya' - Anthony Loke"><meta itemprop="description" content="Anthony Loke menegaskan peletakan jawatannya sebagai Menteri Pengangkutan berkuat kuasa serta-merta sebaik sahaja bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menjejak kaki ke kediamannya.
Menurutnya, pendiriannya untuk meletakkan jawatan tidak berubah meskipun pembayaran denda RM50 juta oleh bekas Perdana Menteri itu telah diselesaikan di Mahkamah Tinggi pada pagi Jumaat.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/803561/berita/semasa/peletakan-jawatan-saya-berkuat-kuasa-serta-merta-sejurus-najib-jejak-ke-rumahnya---anthony-loke
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #NajibRazak #AnthonyLoke #letakjawatan"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-06T10:01:15.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P87S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbu6th6"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbu6th6"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbu6th6"></script>