Tokan dadah didakwa edar heroin seberat 19.2kg

Iklan
Mohd Saffuan dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ipoh pada Selasa atas pertuduhan mengedar dadah jenis heroin seberat 19.2kg, minggu lalu.

IPOH - Seorang kelindan lori dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ipoh pada Selasa atas pertuduhan mengedar dadah jenis heroin seberat 19.2 kilogram (kg), minggu lalu.

Tertuduh, Mohd Saffuan Nor Rahim, 43, mengangguk tanda faham selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Siti Nora Sharif.

Iklan
Iklan

Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh.

Mengikut kertas pertuduhan, lelaki itu didakwa mengedar dadah berbahaya jenis heroin seberat 19,246 gram di kawasan parkir kereta Persiaran Meru Point, Taman Seri Meru, Ipoh sekitar jam 11.20 pagi pada 21 Januari 2025.

Mohd Saffuan dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ipoh pada Selasa atas pertuduhan mengedar dadah jenis heroin seberat 19.2kg, minggu lalu.

Iklan

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah 39B(2) akta sama.

Sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman mati atau penjara seumur hidup dan jika tidak dihukum dengan hukuman mati, hendaklah dihukum tidak kurang daripada 12 sebatan.

Iklan

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nur Aqilah Syaza Ariffin manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah menetapkan 28 April depan untuk sebutan semula kes.

Media pada 23 Januari lalu melaporkan seorang kelindan lori dicekup polis ketika sedang mengangkat bungkusan dadah seberat 19.2kg dalam sebuah kereta jenis Perodua Bezza.

Tangkapan dibuat sekitar jam 11.20 pagi ketika suspek dipercayai sedang menunggu pembeli dan kesemua dadah yang dirampas bernilai RM220,000.