Nenek mati terkejut lihat cucu tak bernyawa

Iklan
Wanita warga emas berusia 65 tahun dilaporkan meninggal dunia selepas terkejut melihat cucunya dalam keadaan tergantung dan tidak bernyawa. - Gambar hiasan

JHARGRAM - Seorang wanita warga emas berusia 65 tahun dilaporkan meninggal dunia selepas terkejut melihat cucunya dalam keadaan tidak bernyawa, di sini, pada malam Ahad.

Menurut polis, kejadian itu berlaku apabila Kamala Mahato gagal menahan kesedihan melihat cucunya mengambil nyawa sendiri selepas terlibat dalam pertengkaran dengan kekasihnya.

Iklan
Iklan

Shubhankar Mahato, 25, dipercayai menghubungi kekasihnya sebaik pulang ke rumah di kampung Parulia sebelum memasuki sebuah bilik dan mengunci pintu dari dalam.

Selepas itu, Kamala berulang kali memanggil nama cucunya namun tidak mendapat sebarang respon sementara pintu bilik tersebut juga dipercayai telah dikunci dari dalam.

Iklan

Menurut polis, Shubhankar yang juga seorang kontraktor telah ditemui dalam keadaan tidak bernyawa selepas pintu biliknya dipecahkan.

"Tidak dapat menahan kesedihan, neneknya turut meninggal dunia di tempat kejadian,” jelasnya.

Iklan

Pihak polis telah memulakan siasatan terhadap kejadian tersebut dan selepas melakukan pemeriksaan bedah siasat, kedua-dua mayat diserahkan kepada keluarga pada Isnin. - Agensi