Polis kesan pemandu kereta, MPV halang laluan ambulans

Iklan
Tangkap layar tular video insiden ambulan dihalang dua kenderaan di KM 25, Jalan Johor Bahru- Air Hitam (arah Johor Bahru).

KULAI - Polis sedang mengesan pemandu dua kenderaan yang tular menghalang laluan ambulans di kilometer (KM) 25, Jalan Johor Bahru- Air Hitam (arah Johor Bahru).

Ketua Polis Daerah Kulai, Asisten Komisioner Tan Seng Lee, berkata rakaman video mengenai kejadian terbabit dikesan pada jam 2.30 petang, Isnin menerusi media sosial.

Iklan
Iklan

"Video berkenaan memaparkan dua kereta dipandu lelaki warga tempatan tidak memberi laluan kepada ambulans dalam kecemasan membawa pesakit ke Hospital Sultanah Aminah (HSA), Johor Bahru.

"Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Daerah Kulai telah mengambil tindakan mengesan pemandu kenderaan terbabit dan siasatan akan dijalankan mengikut kaedah 9 LN166/59 iaitu kesalahan tidak beri laluan kepada ambulans," katanya dalam kenyataan pada pagi Selasa.

Iklan

Sebelum itu, tular video berdurasi satu minit 26 saat memaparkan sebuah kereta jenis Honda dan sebuah MPV jenis Exora menghalang laluan ambulans ketika keadaan jalan sesak.

Beliau turut mengingatkan pengguna jalan raya agar sentiasa patuh undang-undang dan hendaklah dengar atau melihat kehadiran kenderaan kecemasan seperti ambulans, bomba atau polis.

Iklan