'Syukur kediaman selamat, api tidak merebak dari rumah jiran'

Iklan
Keadaan rumah yang hangus dalam kebakaran di Kampung Peltah Pangkal Melerek pada Isnin.

KOTA BHARU - Seorang wanita bersyukur apabila rumahnya selamat daripada kebakaran selepas kediaman disewa jirannya yang hanya beberapa meter hangus dalam kebakaran di Kampung Peltah Pangkal Melerek pada Isnin.

Sulaiha Razali, 49, berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 4.50 petang ketika dia mahu menunaikan solat Asar.

Iklan
Iklan

Suhaila, memberitahu dimaklumkan oleh abang iparnya, Yaacob Sawat, 55, bahawa ada percikan api di tengah rumah berkenaan.

"Dalam keadaan kelam-kabut itu ada di antara jiran kami terus menghubungi bomba selepas keluar dari rumah masing-masing kerana bimbang api merebak," katanya.

Iklan

Jelasnya, ketika kejadian jirannya tiada di rumah kerana keluar bekerja dan mereka turut membawa anak-anak bersama.

Anggota bomba berusaha memadamkan kebakaran sebuah rumah di Kampung Peltah Pangkal Melerek pada Isnin.

Sementara itu, Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan II (PBKII) Muhamad Osman berkata, bomba menerima panggilan berhubung kejadian pada jam 5.01 petang sebelum bergegas ke lokasi.

Iklan

Beliau berkata, sebaik tiba di lokasi pada jam 5.09 didapati sebuah rumah setingkat berkeluasan musnah kira-kira 80 peratus.

"Seramai 10 anggota termasuk pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Machang dan BBP Tanah Merah bertungkus-lumus memadamkan kebakaran dan api berjaya dikawal pada jam 5.22 petang," katanya.

Bagaimanapun jelas beliau tiada kemalangan jiwa dilaporkan kerana rumah berkenaan tidak berpenghuni ketika kejadian.

"Operasi tamat sepenuhnya pada jam 5.42 petang dan punca serta anggaran kerugian masih dalam siasatan," katanya.

Keadaan rumah yang hangus dalam kebakaran di Kampung Peltah Pangkal Melerek pada Isnin.

Anggota bomba berusaha memadamkan kebakaran sebuah rumah di Kampung Peltah Pangkal Melerek pada Isnin.