Polis Johor tumpu 49 'hotspot', 31 'blackspot' kemalangan
Iklan
M Kumar (dua dari kanan) menyempurnakan Majlis Perasmian Op Selamat Tahun Baharu Cina Kontinjen Johor di Plaza Tol Kempas di sini, pada Isnin.
JOHOR BAHRU - Sebanyak 49 lokasi 'hotspot' kerap berlaku kesesakan di seluruh negeri akan diberi tumpuan sempena sambutan perayaan Tahun Baharu Cina.
Ketua Polis Johor, Datuk M Kumar berkata, lokasi panas terbabit termasuk laluan utama sempadan negara iaitu di Bangunan Sultan Iskandar (BSI), di sini dan Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB), Gelang Patah.
Iklan
Iklan
"Sebanyak 31 lokasi 'blackspot' yang kerap berlakunya kemalangan di negeri ini turut dikenalpasti dan akan diberikan tumpuan kali ini.
"Polis Johor akan menggerakkan kekuatan seramai 208 pegawai dan 1,559 anggota meliputi semua elemen termasuk kekuatan Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Johor yang berjumlah 57 pegawai dan 579 anggota," katanya.
Iklan
M Kumar (tiga dari kanan) ketika Majlis Perasmian Op Selamat Tahun Baharu Cina Kontinjen Johor di Plaza Tol Kempas di sini, pada Isnin.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas Program Advokasi Keselamatan Jalan Raya PDRM Johor bersama Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) Johor sempena Op Selamat 23 di Plaza Tol Kempas, di sini pada Isnin
OP Selamat 23 akan bermula Selasa hingga 2 Februari bersempena cuti perayaan Tahun Baharu Cina.
Iklan
Kumar berkata, Op Selamat pada tahun lalu menyaksikan sebanyak 1,187 kemalangan direkodkan, menurun sebanyak 29.1 peratus berbanding tahun sebelumnya.
Bagaimanapun katanya, jumlah saman yang dikeluarkan meningkatkan lebih 100 peratus iaitu sebanyak 23, 386 saman pada Op Selamat tahun lalu berbanding 11,690 pada tahun sebelumnya.
"Op Selamat kali ini memfokuskan pencegahan jenayah pecah rumah, meminimumkan kadar kemalangan jalan raya berkonsepkan penguatkuasaan menyeluruh dan advokasi serta memastikan kelancaran aliran trafik sepanjang musim perayaan.
"Tumpuan akan diberikan terhadap enam kesalahan utama iaitu memandu melebihi had laju, memandu di lorong kecemasan, memotong di garisan berkembar, memotong barisan, tidak mematuhi lampu isyarat dan menggunakan alat komunikasi semasa memandu,"katanya.
Kerajaan Johor buat pertama kalinya melantik 10 Timbalan Exco bagi memperkukuhkan pentadbiran serta mempercepat pelaksanaan dasar, projek dan program ke arah merealisasikan agenda Maju Johor 2030.
Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, pelantikan itu dibuat selepas mendapat perkenan Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail bagi meningkatkan kapasiti pentadbiran kerajaan negeri selaras dengan pembangunan Johor yang semakin pesat.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/788914/edisi/johor/johor-cipta-sejarah-pertama-kali-lantik-10-timbalan-exco
opyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.